Kesihatan

Awas! Berat Badan Naik Kalau Buat 5 Perkara Ni Waktu Pagi

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Awas! Berat Badan Naik Kalau Buat 5 Perkara Ni Waktu Pagi

Biasanya apa yang kita dengar, cara pemakanan tidak sihat adalah penyebab utama mengapa kebanyakan dari individu bisa naik berat badan. Walau bagaimanapun, tahukah kamu bahawa terdapat 5 perbuatan yang dilakukan pada waktu pagi boleh meningkatkan risiko untukkamu naik berat badan tanpa sedar.

Kalau nak tahu apakah 5 perbuatan itu, baca penjelasan Wanista ini.

#1 Tidur Terlalu Lama

Tidur lebih dari 10 jam sehari mampu menambah berat badan. Ini kerana, tidur terlalu lama dapat merosak metabolisma tubuh. Bukan itu sahaja, orang yang tidur dari 10 jam sehari memiliki indeks jisim tubuh yang lebih tinggi berbanding yang hanya tidur 7 hingga 8 jam setiap malam.

Sumber: Family Memories

#2 Tak Kemas Tempat Tidur

Menurut hasil kajian National Sleep Foundation di Amerika, kamar tidur yang rapi dan bersih akan menjadikan pengalaman tidur kamu lebih berkualiti. Tidur yang cukup pasti akan membuat peratusan seseorang untuk diserang obesiti lebih rendah.

Ini kerana, orang yang rajin biasanya akan memiliki disiplin dan gaya hidup lebih teratur. Makanya bila gaya hidup sihat, pemakanan yang diamalkan sudah tentulah berpada berlandaskan keperluan dan bukannya nafsu semata!

#3 Mengelak Matahari

Sepatutnya, sebaik bangun diri tidur, kamu perlu cergas dan lekas bersenam, seperti orang barat selalu lakukan.

Menurut kajian, orang yang terkena cahaya matahari di waktu pagi akan cenderung memiliki BMI rendah berbanding mereka yang tak suka terdedah pada matahari. Bersidai bawah matahari 20 – 30 minit sehari sudah cukup untuk menjaga kestabilan BMI kamu tau?!

Sumber: Pinterest

#4 Lupa Sarapan

Ramai di antara kita ambil mudah terhadap sarapan sedangkan pengambilan sarapan sebenarnya bantu tubuh untuk jadi kurus tau! Seperti gadis Jepun, mereka menganggap sarapan seperti makan tengahari. Jadi, makanlah sarapan sebanyak mungkin sampai kenyang dengan hidangan berat seperti telur, nasi, ikan bakar dan sebagainya.

#5 Malas Timbang Badan

Ni lah masalah orang kita. Nak diet, nak kurus, tapi jarang peka tentang perubahan diri terutamanya turun naik berat badan. Tahukah kamu, berat badan adalah pada paras original ketika waktu pagi. Jadi kalau hendak timbang badan, sebaiknya lakukan pada subuh hari kerana itulah berat kamu yang sebenar.

Dari situ, barulah boleh kawal pengambilan makanan dan sebagainya.

Sumber: Pinterest

Ingat ya, sila elak daripada terjebak dengan lima perkara di atas ini kalau tak mahu mudah naik berat badan. Memanglah sebagai seorang manusia, kita tak boleh lari daripada peningkatan berat badan namun sesungguhnya kita semua mempunyai kemampuan untuk mengawalnya.

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN