Acara

Isi Masa Cuti Sekolah Ke Pameran Sanrio Hello Kitty Terbesar Di Asia Tenggara

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Isi Masa Cuti Sekolah Ke Pameran Sanrio Hello Kitty Terbesar Di Asia Tenggara

Jika di barat, Disney adalah produksi animasi terhebat yang dikenang sepanjang zaman. Di Asia, siapa yang tidak kenal dengan Sanrio?

IKLAN

Sejak diasaskanpada tahun 1960, ia telah berjaya menghasilkan lebih 400 watak comel yang berwarna-warni termasuklah watak animasi kegemaran ramai yang dikenali sebagai Hello Kitty!

Ternyata Hello Kitty adalah kenangan waktu kecil bagi kebanyakan orang dan ia memiliki peminat tersendiri yang sangat obsesi bukan sahaja terhadap bentuk fizikalnya malahan kerana personaliti dirinya yang begitu asyik. 

Foto -Arkib Wanista

Bakal mengajurkan pameran yang terbesar di Asia Tenggara buat julung kalinya, Sanrio dengan kerjasama Alata Events dan Macexpo membuka peluang kepada rakyat Malaysia serta pelancing asing untuk berkumpul di Dewan 5, Quill City Mall, Kuala Lumpur untuk peluang menjelajah ke pameran Our Sanrio Times dari 24 November ini hingga 6 Januari tahun hadapan.

Foto -Arkib Wanista

Lebih mengujakan, pameran ini akan dibuka kepada pengunjung setiap hari sepanjang cuti sekolah bagi memudahkan ibu bapa untuk membawa si cilik mereka.

Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua, 13 zon berasingan akan disediakan dalam kawasan sebesar 1,500 meter persegi yang membolehkan pengunjung untuk melihat 400 watak popular Sanrio termasuklah Hello Kitty dan kawan-kawan bahkan, bisa mengambil foto kenangan bersama watak animasi comel kegemaran mereka itu!

Foto -Arkib Wanista

Harga Tiket Masuk Adalah Seperti Di Bawah:-

Foto -Arkib Wanista
  • Pembeli terawal: RM25
  • Warganegara: RM33
  • OKU & Warga Emas: RM20
  • Bukan Warganegara: RM60
  • Kanak-Kanak Bawah 90 cm: Percuma

Boleh beli tiket secara atas talian di [ticketcharge.com.my]. Untuk keterangan lanjut layari oursanriotimes.my

IKLAN