Kesihatan

Ini Sebab Ada Orang Boleh Makan Pedas Dan Ada Yang Tidak…

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Ini Sebab Ada Orang Boleh Makan Pedas Dan Ada Yang Tidak…

Hampir semua hidangan menu Malaysia pasti ada kick tersendiri yang menambah selera makan. Makanan Malaysia sudah sinonim dengan rasa kehangatan pedas cili. Tak kiralah dalam sambal, kuah lemak atau apa jua makanan mesti nak ada pedas. Biarpun begitu, tidak semua orang Malaysia ini kuat dengan rasa sensasi pedas.

Penulis sendiri kalah dengan makanan pedas, baru colet sedikit sambal sudah berpeluh-peluh dan keluar air di hidung. Ada juga yang akan mengalami sakit perut selepas 

Persoalan yang bermain sekarang ialah kenapa ada orang yang boleh tahan pedas dan ada yang tidak? Adakah ini semua berkaitan dengan genetik?

Mengikut personaliti

Terdapat kajian yang dilakukan mengatakan mereka yang gemar dengan makanan pedas ialah golongan yang adventurous. Iaitu sanggup melakukan aktiviti berisiko tinggi seperti sukan ekstrem ataupun menonton filem seram-triller. Kaitan semua ini berkemungkinan dari sikap mereka yang mahukan cabaran dalam sesuatu perkara termasuklah dalam bab makan.

Genetik?

Perkara ini tidak dapat disahihkan dengan tepat, namun keberangkalian ada individu dilahirkan dengan reseptor yang kurang sensitif terhadap bahan kima yang terdapat dalam cili. Ada kajian juga membuat keputusan rasa pedas ini seperti alahan yakni ada individu yang boleh dan tidak.

Didikan makan pedas

Dari perhatian penulis, rakan-rakan penulis yang tahan dengan pedas kebanyakan mereka sejak dari kecil sudah terbiasa dengan makan pedas. Jadi mereka mempunyai toleransi pada rasa pedas secara semulajadi. Senang cerita sudah dilatih. Pendapat penulis tentang perkara ini mungkin ada betulnya, kerana keluarga penulis tidak pernah memakan makanan yang sangat pedas.

RUJUKAN 1, 2 & 3