Teknologi

Shopee & Lazada Jual Telefon Pintar Realme Serendah RM599!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Shopee & Lazada Jual Telefon Pintar Realme Serendah RM599!

Melihatkan permintaan telefon pintar yang semakin tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia, Realme dengan bangganya mengumumkan kemunculan mereka di tanah air dengan membawa lebih 3 siri terkini termasuklah Realme 2 Pro, Realme 2 dan Realme C1.

Untuk pengetahuan semua, Realme memfokuskan penghasilan telefon pintar yang kena dengan personaliti generasi muda dengan menggabungkan stail dan prestasi.

Foto -Arkib Wanista

Tahukah kamu meskipun Realme adalah jenama teknologi yang berpangkalan di China, ia merupakan jenama telefon pintar nombor satu di India? Menurut sumber, lebih 200,000 unit Realme 2 telah terjual dalam masa 5 minit sebaik ianya dilancarkan. 

Foto -Facebook

Bukan itu sahaja, di Indonesia sahaja, Realme 2 terjual lebih 15,000 unit di Indonesia dalam masa 10 minit selepas ia dilancarkan.

Foto -Facebook

Sehubungan dengan pesta jualan murah Shopee dan Lazada 11.11, kesemua siri telefon pintar Realme yang terkini akan diedar dan dijual secara eksklusif di platform atas talian. 

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/RealmeMalaysia].