Buat julung kalinya, Poh Kong Jewellers Sdn. Bhd. Malaysia baru-baru ini melancarkan koleksi yang diinspirasikan dari semangat patriotik dipanggil Gold Note of Hope di mana, wajah Perdana Menteri Malaysia terkini yang menghiasi bingkisan diperbuat dari emas tulen tersebut.
Ia berbentuk sekeping nota wang, Poh Kong yang sudah maju sejak 42 tahun lalu sangat komited untuk mengetengahkan suatu penghargaan buat wira negara itu, siapa lagi kalau bukan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Dijual pada harga RM160 setiap satu yang memiliki berat emas tulen 999.9 berjumlah 0.10gm, individu yang gemar mengumpul plat emas unik pastinya berbesar hati untuk menjadikan Gold Note of Hope sebagai simpanan peribadi yang nilainya bakal melonjak di masa hadapan.
Bukan itu sahaja, tandatangan Tun dr. Mahathir juga ada menghiasi Gold Note of Hope menjadikan ia sebuah bingkisan yang lebih bernilai buat mereka yang berjiwa patriotik.
Untuk pengetahuan semua, hasil penjualan Gold Note of Hope ini akan disumbangkan kepada Tabung Harapan untuk mencapai sekurang-kurangnya 1 Juta sekitar hujung tahun ini.
Pembeli yang berminat boleh mendapatkan Gold Note of Hope mulai hari ini di beberapa gedung edaran terpilih termasuklah Poh Kong, Poh Kong Gallery, Diamond & Gold by Poh Kong, Diamond Boutique, Gold Boutique and Oro Bianco serta menerusi gedung atas talian Shopee.
Untuk keterangan lanjut, klik [facebook.com/pohkongjewellers].