Kegunaan warna hitam dalam produk mekap biasanya ialah eyeliner atau dalam pembayang mata. Ramai yang berani memakai baju top and bottom dari warna hitam, tapi tidak ramai mahu memakai gincu warna hitam. Skeptikal mereka yang memakai gincu warna hitam biasa dikaitkan dengan kumpulan Gothic, Punk atau mempunyai masalah personaliti. Eh, boleh pula macam itu?
Sebenarnya konsep mekap bukan hanya pada mekap perkahwinan atau kecantikan, ada banyak lagi! Seperti mekap efek untuk lakonan yang memerlukan pelbagai produk dan warna.
Kini terdapat jenama-jenama mekap yang mengeluarkan pilihan gincu warna paling gelap ini. So, siapa yang nak feeling dalam kegelapan atau sukakan look lain daripada yang lain. Ini antara gincu yang anda kena grab..
Fenty Beauty
Uninvited (RM99)
Jeffree Star Cosmetics
Weirdo (RM75)
Kat Von D Beauty
Slayer (RM89)
Sephora Collection
Night Bird (RM46)
Urban Decay
Perversion (RM75)
Nyx Cosmetics
Chambord (RM27)
Tips Nak Gayakan Bibir Hitam
- Cuba dahulu mana-mana warna hitam
- Bagi kemasan terbaik, gunakan lip liner warna hitam juga.
- Gincu hitam lebih cantik dengan hasil matte berbanding glossy.
- Pastikan makeup looks bahagian mata dan muka neutral.
- Gayakan dengan yakin!
Siapa kata warna hitam tak cantik, memang buta warna kot. Hiks!