Tiap kali birthday atau hari-hari istimewa yang berkaitan dengan orang istimewa atau kawan rapat mesti serabut kepala memikirkan hadiah yang ingin diberi.
Apa lagi memikirkan kawan yang tengah jaga badan, yang kaki gim, yang sedang mengikuti program diet dan mengikuti pantang larang, pasti kamu tak mahu berikan hadiah yang tangkap muat. Hurmmm takut bila salah beli langsung tidak diguna nanti, bukankah membazir.
Untuk meringankan beban, Wanista kongsi beberapa idea terbaik untuk kamu yang sedang mencari hadiah paling berguna untuk golongan kawan sebegini. Make sure hadiah tersebut bernilai dan diguna pakai oleh si dia.
#1 Air Fryer
Sangat berbaloi untuk si kawan yang kisah akan cara penyediaan sesuatu makanan. Nak makan kentang goreng tapi tak mahu digoreng jadi gunakan sahaja air fryer, lebih sihat dan bebas minyak. Nak cari harga yang murah, pergi sahaja ke Lazada, Shopee, Carousel dan pelbagai lagi laman sesawang yang menjual secara atas talian.
#2 Tumbler/Botol Minuman Yang Stailo
Ada sejenis kawan yang suka kumpul Tumbler atau botol minuman dengan design yang cool dan stailo. Contohnya dari Starbucks, Nike, atau Adidas. Jadi, hadiahkan satu untuk mereka bawa ketika pergi bersukan.
#3 Sport Bra
Lagi-lagi untuk kawan yang setiap petang tidak lupa ke gimnasium untuk bersenam. Bra jenis ini dicipta kemas pada tubuh badan dan sangat selesa dipakai walaupun ketika melakukan rutin paling susah.
Baca: Wanista Dah Cuba! 4 Perkara Kenapa Kamu Perlu Bertukar Ke Bra Jenama Sloggi Sekarang
#4 Backpack
Jika anda terfikirkan backpack, cuba dapatkan jenis yang mempunyai compartment yang luas dan banyak serta kalis air. Mudah dibawa bila kawan nak keluar beriadah atau hit the gym!
#5 Kasut Sukan
Mungkin agak mahal tapi jika anda mempunyai modal yang lebih, tak salah hadiahkan untuk BFF tersayang. Wanista cadangkan kalau nak beli yang murah, cuba secara atas talian. Tapi sebelum itu, dapatkan dulu saiz yang betul ye.
#6 Headphones Jenis Kalis Air
Dengan wayar berselirat, asyik jatuh dari telinga – kita yang melihat pun rasa serabut. Apa kata kamu hadiahkan si kawan dengan set headphones kalis air yang elok terletak di telinga, mesti nampak smart. Kawan pun gembira dapat work out dengan tenang dan bersemangat.
#7 Legging
Jika dia jenis yang memakai legging ke tempat kerja dan bersenam, hadiahkan sehelai untuknya. Kamu boleh cari design yang cantik sesuai dengan citarasanya, pastikan juga legging tersebut selesa bila dipakai.
#8 Travel Mat
Jika kawan kamu mengikuti kelas yoga tapi sentiasa on the go, mungkin kamu boleh pertimbangkan hadiah travel mat. Tikar mesra-perjalanan ini beratnya kurang daripada tiga paun dan senang dilipat untuk di bawah ke mana saja.
#9 Stokin
Di pasaran ada banyak stokin berkualiti yang dijual dalam kuantiti yang banyak. Kamu mesti tak sanggup melihat kawan yang asyik pakai stokin sama sampai terkoyak. So…. belikan sepasang untuknya!
#10 Blender
Untuk membuat smoothie yang baik, anda memerlukan pengisar smoothie yang berkualiti dan terbaik. Boleh guna pengisar dapur tapi ia tidak dapat berfungsi dengan cepat malah bayangkan sahaja dicampur dengan bahan makanan lain.
Jadi, lepas ini kalau nak cari hadiah hari jadi untuk keluarga, orang tersayang atau kawan, pergi sahaja Wanista. Semua ada!
Selamat Beramal!