Sempena bulan perayaan yang mendatang ini, semua jenama kecantikan berpusu-pusu mengeluarkan koleksi edisi terhad kepada pengguna setia mereka.
Mamonde tidak terkecuali bawakan set hadiah Koleksi Holiday ‘Glowing Garden’ 2018 yang akan melengkapkan susana hangat dan terang musim perayaan ini. Set percutian khas ini akan menjadi sempurna sebagai hadiah untuk diri sendiri dan bagi orang yang tersayang.
Hadir dalam kemasan emas logam yang indah bersertakan latar belakang bunga dan perhiasan Krismas, koleksi ini menawarkan visual yang bukan sahaja menyenangkan mata tetapi juga kepada hati.
Koleksi Holiday Mamonde ‘Glowing Garden’ 2018 terdiri daripada 4 set keseluruhan yang membantu menghangatkan suasana percutian. Produk yang terkandung dalam Mamonde ‘Glowing Garden’ 2018:
The Night Before Beauty Holiday-eve Sleeping Set, RM65
Flower Power 5-Day Sheet Mask Set, RM59
Color Your Way Creamy Tint Color Balm MLBB Mini Set, RM149
Creamy Tint Squeeze Lip Best 3 Colours Set, RM150 (Eksklusif di Sephora)
‘Glowing Garden’ Holiday Collection boleh didapati di semua kaunter kecantikan Mamonde dan secara atas talian di Hermo.my dan Lazada.com.my.
Bercuti pun kena jaga kulit juga okay!