Fesyen

Paling Mahal & Seksi, Akhirnya Victoria’s Secret Dedah “Fantasy Bra” Versi 2018

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Paling Mahal & Seksi, Akhirnya Victoria’s Secret Dedah “Fantasy Bra” Versi 2018

Akhirnya saat yang dinantikan telah tiba.

Sejak reka bentuk pertama debut pada tahun 1996, Victoria’s Secret Fantasy Bra menjadi momen yang paling hangat di setiap pertunjukan fesyen Victoria’s Secret. Dari nilai yang jutaan ke perincian batu pertama memukau, semua butiran VS Fantasy Bra membuatnya bra paling terkenal dan cantik di dunia.

2018 Victoria’s Secret Fantasy Bra. Foto – Getty Images

Kini, untuk tahun 2018, Victoria’s Secret mendedahkan Fantasy Bra yang akan debut di pertunjukan fesyen akan datang. Model Elsa Hosk dipilih sebagai Angel bertuah yang akan memakai bra jutaan ringgit itu nanti.

Dinamakan Dream Angels Fantasy Bra, bra itu dibuat oleh ateliers di Swarovski dan 100 peratus ditutupi dengan kristal dan topaz. Dengan nilai AS$1 juta, ia mempunyai lebih dari 2,100 permata, mengambil masa lebih 930 jam untuk membuatnya, dan lebih daripada 71 karat.

Rasanya VS Fantasy Bra kali ini nampak lebih eksklusif. Apapun memang menangis tengok!

RUJUKAN : & 2

Komen Anda