Kesihatan

Coway Pikat Rakyat Malaysia Dengan Penapis Air “Ombak”, Ini Kelebihannya…

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Coway Pikat Rakyat Malaysia Dengan Penapis Air “Ombak”, Ini Kelebihannya…

Air.

Merupakan bahan penting untuk semua bentuk kehidupan. Sama ada tumbuh-tumbuhan, ekosistem, atau manusia, air adalah keperluan untuk segalanya di muka bumi ini.

Lagipun, badan kita memerlukan kira-kira 60% air dan anda kehilangan jumlah penghidratan yang luar biasa sepanjang hari. Itulah sebabnya penting kita mengisi badan dengan air bersih dan tulen. Dengan minum bersih, air yang lebih baik, anda dapat menemui semua manfaat serta kebaikan yang selama ini tidak ketahui. Malah, penapisan air mungkin merupakan cara paling mudah untuk memperbaiki kehidupan.

Kalau bicara tentang penapis air, jenama Coway dari Korea Selatan memang cukup laris di Malaysia. Tanya saja kepada pengguna, jenama ini pasti menjadi pilihan mereka kerana kualiti yang disediakan cukup mengagumkan.

Berpeluang ke Korea Selatan, penulis sempat menyaksikan sendiri pelancaran produk penapis air yang diberi nama “OMBAK”. Menariknya tentang Ombak ialah ia direka khusus untuk mememenuhi keperluan harian pengguna di Malaysia.

Penapis air “Ombak” direka untuk rakyat Malaysia. Foto – Arkib Wanista
Jadi apa istimewanya Ombak selain direka untuk rakyat Malaysia?

Ketua Pegawai Eksekutif, Harri Lee Hae Sun, penapis air yang berkapasiti tangki terbesar dengan 13.5 liter itu membolehkan pengguna menetapkan suhu air yang diingini tanpa perlu melakukannya secara manual. Ini bermaksud anda boleh mendapatkan suhu yang betul bagi tujuan memasak, minum, merebus serta pelbagai lagi kegunaan air.

“Ombak direka untuk memudahkan gaya hidup rakyat Malaysia yang sibuk. Sebagai contoh, keluarga dengan bayi baru lahir hanya perlu menekan satu butang mudah dengan memanaskan susu bayi dengan lancar menggunakan Ombak (pada 40C◦), sambil mengekalkan nutrien asas dalam susu ibu yang penting untuk bayi,” jelas Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway (M) Sdn. Bhd ketika pelancaran Ombak di Sunway Lagoon.

Sesi pemasangan Ombak yang berlaku di Kilang Coway, terletak di Yugu, Korea Selatan. Foto – Arkib Wanista

Menarik lagi, produk penapis air Ombak dihasilkan selepas ahli Coway melakukan kajian mengenai keperluan penggunaan air di negara ini selama lebih enam bulan. Mereka mendalami sendiri gaya kehidupan rakyat kita bagi mencipta rekaan serba-serbi memenuhi kehendak pengguna.

Menyaksikan sendiri pemasangan penapis air Ombak yang berlaku di Kilang Coway yang terletak di Yugu, Korea Selatan melaporkan Coway sangat telus dalam memastikan setiap proses pembuatan mendapat pengiktirafan sijil halal Jakim. Keadaan ini memudahkan Coway untuk membolosi pasaran di negara Islam yang lain terutama Timur Tengah dan Asean.

Ombak. Foto – Arkib Wanista
Kenapa anda perlu memasang penapis air di rumah sekarang?

Mungkin air yang anda minum itu nampak bersih pada zahirnya tapi ia masih mengandungi karat, kuman, virus, logam berat, bahan radioaktif malahan najis yang keluar dari paip air yang dibekalkan ke rumah anda.

Tahukah anda, walaupun air telah dirawat dengan klorin di loji air, banyak lagi unsur-unsur cemar yang terdapat di dalam air paip yang masih tertinggal dan boleh memudaratkan kesihatan anda.

Bayangkan jika anda tidak mempunyai satu sistem penapisan air di rumah anda yang dapat membantu anda untuk menapis segala kekotoran, bau-bauan dan juga bahan-bahan tercemar yang terdapat dalam air minuman anda, maka air itulah yang anda guna sepanjang usia!

Jadi, Ombak boleh didapati pada harga runcit RM4,300 manakala orang ramai juga boleh memilih untuk sewa pada RM140 / sebulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai OMBAK atau Coway Malaysia, layari www.coway.com.my.