Tips - Kecantikan

Gwen Stefani Lakukan 7 Perkara Ni Untuk Nampak Muda Seperti Remaja

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Gwen Stefani Lakukan 7 Perkara Ni Untuk Nampak Muda Seperti Remaja

Gwen Stefani merupakan ikon kecantikan.

Sinonim dengan gincu merah, rambut blonde, solekan fresh, penampilan Gwen dari dahulu sehingga sekarang sentiasa menjadi perhatian dan dipuji. Menawan peminat di seluruh dunia dengan bakat dan wajahnya yang awet muda, berikut adalah beberapa perkara yang Gwen praktik untuk kelihatan muda belia.

#1 Perlindungan Matahari

Walaupun dibesarkan di California, Gwen memberitahu bahawa dia proaktif dalam menghindari matahari sebaik sahaja memasuki usia 20-an. Padanya berlindung dari sinaran matahari adalah bahagian penting dalam memelihara kulit bukan sahaja di wajah bahkan seluruh anggota badan.

#2 Latihan Rohani Seperti Berdoa
Foto – Celebrity Insider

Gwen Stefani menegaskan bahawa sebahagian falsafah kecergsannya memberi tumpuan kepada “latihan rohani”.

“Saya pernah melakukan banyak latihan kecergasan dan fizikal, yang saya fikir benar-benar penting, tetapi latihan rohani adalah satu perkara yang benar-benar membawa saya ke mana saya berada sekarang,” katanya kepada Elle.

#3 Biarkan Kulit Muka Bernafas

Tidak mungkin dan tidak baik untuk kesihatan kulit wajah jika kita menggunakan berlapis-lapis mekap pada wajah setiap hari. Apatah lagi, sebagai public figure memerlukan Gwen kelihatan cantik menawan setiap saat. Tetapi bila tidak mempunyai sebarang jadual, dia senang membiarkan kulit wajah berehat dari sebarang mekap. Kuncinya adalah menjaga muka dengan mencuci sebersihnya sebelum masuk tidur.

#4 Gincu Merah Untuk Penampilan Berseri
Foto – People

Selain Taylor Swift, Gwen Stefani juga antara selebriti yang sinonim dengan gincu merah. Tapi menurutnya dia tidak hanya menggunakan satu warna sahaja tapi suka mencampurinya dengan pelbagai jenama untuk mendapatkan warna yang cantik, asalkan kelihatan merah dan terang.

#5 Sweat-proof Foundation

Salah satu rahsia Gwen untuk kekal flawless sepanjang masa adalah menggunakan sweat-proof foundation. Menemukan asas yang tidak bercapuk walaupun di bawah keadaan yang paling berkeringat akan membuatkan penampilan seseorang menawan.

#6 Penjagaan Rambut
Foto – That Grape Juice

Gwen memberikan perhatian yang lebih pada rambut daripada wajah. Lebih-lebih lagi dengan rambut blonde yang adakalanya mudah kering. Gwen mendedahkan bahawa dia lebih suka menggunakan “soft water” untuk mencuci rambutnya.

#7 Suka Eksperimen Dengan Trend Dan Teknik Mekap

Walaupun sesetengah orang cenderung untuk mengenakan solekan yang sama dan kelihatan berulang, tapi Gwen Stefani mengekalkan penampilan segar dengan bermain dengan trend dan gaya solek yang berbeza agar tidak kelihatan bosan.

Siapa sangka Gwen sudah 49 tahun. Selamat Beramal!

RUJUKAN

Komen Anda