Masalah muka berjerawat memang membuatkan mood kita merudum. Rasa malu berhadapan dengan orang, kurang berkeyakinan serta bermacam lagi masalah tekanan jiwa.
Untuk itu, Hiruscar memperkenalkan produk tambahan baharu kepada rangkaian Hiruscar Anti-Acne iaitu Hiruscar Anti-Acne Spot Cover Fluid. Produk Spot Cover Fluid bertindak menutupi dan merawat kulit yang berjerawat dengan bahan-bahan rawatan semulajadi. Formulanya yang unik mengandungi kombinasi bahan-bahan utama yang mampu merawat masalah jerawat. Selain itu, Spot Cover Fluid turut membantu menangani masalah jerawat di muka, kesan merah di kawasan jerawat dan juga mengurangkan masalah jerawat daripada terus berulang.
Berdasarkan hasil kajian mengenai kepuasan pengguna terhadap rangkaian Hiruscar Anti-Acne Spot Cover Fluid, 100% pengguna mengesahkan bahawa kulit mereka mengalami perubahan positif selepas lapan minggu. Antara hasil kajian lain termasuklah:
- 93% pengguna berpuas hati dengan Hiruscar Anti-Acne Spot Cover Fluid di mana kulit mereka menunjukkan perubahan selepas 7 hari penggunaan.
- 85% pengguna melihat kesan jerawat berkurangan selepas 7 hari.
- Lebih 96% pengguna bersetuju bahawa produk ini memberi kesan tutupan yang memuaskan.
- Tinjauan percubaan mendapati produk menunjukkan 100% penutupan di kawasan kulit bermasalah dan tidak menyebabkan kegatalan pada kulit.
Hiruscar Anti-Acne Spot Cover Fluid kini boleh didapati di semua farmasi terkemuka seluruh negara pada harga RM27.30. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Hiruscar Anti-Acne, sila ke www.hiruscar.com.my.