Blinks (nama fandom) sebelum ini ada menyuarakan ketidakpuasan hati apabila BlackPink Jennie sering kali diberi baju yang cantik berbanding ahli yang lain.
Nak tahu lebih lanjut, baca – Jurugaya BLACKPINK Dedah Mengapa Jennie Selalu Dapat Baju Paling Cantik
Kini, dress yang disarung Jennie untuk debut “Solo” mungkin pakaian paling mahal pernah dipakai. Dalam foto teaser, Jennie memakai dress lutsinar dengan cetakan bunga mawar merah jambu dan dedaun.
Dikelilingi oleh bunga bertaburan, Jennie kelihatan seperti seorang puteri cerita dongeng yang cukup cantik sekali.
Dilaporkan, harga dress Jennie rekaan Off-White c/o Virgil Abloh itu dijual di sebuah laman secara atas talian jenama mewah Mytheresa dengan harga €8,648 ($9,845 USD) atau lebih. Jika ditukar kepada Ringgit Malaysia hampir mencecah RM50K, ibaratnya boleh membeli sebuah kereta MyVi.
Memang cantik dress ini, sesuailah untuk Jennie yang genit.