Kalau sebut pasal royal wedding, pasti kita terbayangkan perkahwinan Kate Middleton atau Meghan Markle.
Sebenarnya ada lagi contoh perkahwinan diraja di negara-negara yang lain. Menarik lagi kalau busana pengantin diraja lain daripada gaun putih semata-mata.
Mari lihat beberapa pakaian pengantin diraja pilihan Wanista. Selamat menjamu mata!
#1 Bhutan
Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Ratu Jetsun Pema.
Pasangan menjadi sensasi kerana Ratu Jetsun Pema merupakan rakyat biasa dan hanya berumur 21 tahun ketika berkahwin. Ratu Jetsun Pema dan Raja Jigme mempunyai 10 tahun jarak usia.
#2 Jepun
Puteri Ayako Moriya dan Kei Moriya.
Ayako Moriya kini kehilangan status ‘puteri’ setelah sah berkahwin dengan Kei Moriya iaitu seorang rakyat marhaen. Walaupunbegitu, ia jalan paling bahagia yang beliau pilih. Baca: Rasmi Bertunang, Puteri Ayako Dari Jepun Kini Milik Jejaka Marhaen.
#3 Jordan
Puteri Iman bint Al Hussein dan Zaid Azmi Mirza.
Mereka berkahwin pada 22 Mac 2013, namun kemudiannya bercerai pada tahun 2017 lalu.
#4 England
Puteri Eugenie dan Jack Brooksbank.
Cucu kepada Ratu Elizabeth ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan beliau pada 12 Oktober yang lalu. Beliau juga memilih pasangan dari rakyat marhaen.
#5 Maghribi
Raja Mohammed VI dan Puteri Lalla Salma.
Mereka berdua memecah tradisi diraja apabila Raja Mohammed VI mengambil keputusan untuk memperlihatkan isterinya kepada khayalak ramai. Jika dahulunya isteri-isteri raja dilarang untuk muncul ditempat awam.
#6 Brunei Darussalam
Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Muhammad Ruzaini.
Macam biasa lah kalau ada perkahwinan dari kerabat diraja Brunei pasti jadi viral! Dengar cerita Puteri Hajah Hafizah Sururul antara puteri terkaya di dunia.
#7 Indonesia
Putera Notonegoro dan Puteri Hayu.
Jangan tidak tahu, di Indonesia masih ada lagi kerabat diraja yang aktif cumanya kurang didengari. Pasangan ini ialah dari keluarga diraja Yogjakarta iaitu Sultan Hamengkubuwono X.
Siapa yang berangan nak kahwin ala diraja boleh lah pilih mana-mana yang diatas ini? Heee~