Satu lagi stail bakal menjadi perhatian dunia.
Post Malone, seorang penyanyi, pemegang rekod platinum, pengemar tatu dan sekarang bergelar pereka apabila berjaya melahirkan koleksi selipar bersama jenama Crocs.
Koleksi Post Malone x Crocs mungkin satu kerjasama kolaborasi yang cukup unik, tapi siapa sangka ia habis dijual dalam masa 10 minit selepas dilancarkan. Hebatkan?
Sebagai sebahagian daripada kempen “Come As You Are”, koleksi Post Malone x Crocs Dimitri Clog menggunakan siluet Classic Clogs ikonik dan menampilkan enam pesona Jibbitz ™ yang direka khas termasuk tatu “Stay Away” dan logo Posty Co ™ .
Siapa yang berminat dengan koleksi Post Malone x Crocs Dimitri Clog, boleh dapatkan di crocs.com pada harga $59.99 USD.