Masih kecewa kerana kumpulan paling popular BTS tidak memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi untuk konsert jelajah mereka?… Janganlah kerana apa yang penulis bakal beritahu ini confirm membuatkan adrenalin kamu peminat K-Pop memuncak.
Sebabnya…
BlackPink in your area!
Pada 1 November 2018, YG Entertainment mengumumkan ‘2019 World Tour [In Your Area]’ akan meneruskan jelajah di sekitar negara Asia selepas sahaja menjayakan konsert sulung mereka di Seoul pada 10 hingga 11 November 2018. BlackPink akan terbang ke Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila, Singapura, Kuala Lumpur dan Taipei dari Januari hingga Mac tahun depan untuk lawatan dunia.
Kemungkinan besar lebih banyak lokasi akan ditambah dalam masa terdekat. So, Blinks (nama fandom) di Malaysia teruja tak BlackPink akan menghiburkan kita semua pada 23 Februari 2019 (Sabtu) di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam.
Tunggu pengumuman lanjut untuk pembelian tiket selepas diberitahu.