Kecantikan

Kenali 6 MUA Malaysia Yang Miliki Jenama Mekap Berkualiti Sendiri

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Kenali 6 MUA Malaysia Yang Miliki Jenama Mekap Berkualiti Sendiri

Dunia kecantikan kini semakin pesat dengan aliran keluaran produk dan jenama bermacam jenis. Wah, dah umpama berita ekonomi pula ya! 

Kalau dahulu jenama produk kecantikan biasanya diungguli oleh multi-dollar company contohnya L’Oreal atau Estee Lauder. Kini sumber pembuatan kosmetik lebih mudah didapati dan dihasilkan, maka lahir produk-produk tempatan yang berkualiti. Malah, usahawan muda berbakat dari seni kecantikan turut ramai seiring menghasilkan saingan yang sihat.

Tips penulis jika anda ingin membeli produk mekap tempatan, pilihlah siapa yang menciptanya. Sebagai contoh, di Malaysia sekarang ramai mekap artis berpengalaman mengeluarkan produk sendiri. Bagi penulis mereka sangat arif dalam bidang kecantikan, produk dan faham keperluan pengguna tempatan. 

Penulis hidangkan enam MUA Malaysia yang berjaya mengubah corak industri kecantikan tempatan dengan mengeluarkan produk-produk mekap mereka yang berkualiti. 

#1 Alha Alfa

Dari rangkaian bedak asas, loose powder, pembayang mata, highlighter, gincu dan semua produk lengkap untuk mekap telah dikeluarkan oleh Dato’ Alha Alfa. Hebat!

Jenama: Alha Alfa Cosmetics

#2 Ferra Rossa

Siapa yang suka kumpul pan pembayang mata boleh cuba dari jenama ini. Eyeshadow Ferra Rossa sangat pekat dan mudah blend. Warna-warna juga sangat sesuai dengan tona kulit orang Asia. 

Jenama: Ferra Rossa Beauty

#3 Nad Ismail

Jika anda sukakan mekap yang simple is more, rangkaian BB Cushion, lip matte dan maskara dari Nvdsim wajib ada dalam beg mekap. Nad Ismail terkenal dengan bentuk mekap yang ringkas dan glowing. Siapa yang suka gaya mekap Neelofa, Nad Ismail yang juru mekapnya! 

Jenama: NVDISM

#4 Nuex Rosli

Rata-rata pengguna NRC Cosmetics dari Nuex Rosli sangat sukakan bedak asas mereka. Katanya umpama dapat sentuhan Nuex Rosli sendiri, amboi! Bukan sahaja produk mekap, NRC juga mengeluarkan skincare iaitu pelembab yang boleh dipakai bersama mekap. 

Jenama: NRC Cosmetics

View this post on Instagram

Mana satu yang korang belum ada?

A post shared by NR Cosmetics Official HQ (@nrcosmetics_my) on

#5 Syed Faizal Syed Noh

Packaging produk dari Syed Faizal sangat cantik dan artistik bagi penulis! Jika dahulu hanya ada palet pemerah pipi, kini dia meluaskan lagi dengan pembayang mata dan lip matte. Tahniah…

Jenama: Syed Faizal Beauty

#6 Syedewa

Lagi jurumekap Neelofa yang berjaya mengeluarkan jenama sendiri. Agak lain daripada yang lain, produk pertama Syedewa ialah eyebrow gel untuk kemasan rapi kening. Kemudia diikuti dengan pilihan lip matte dan pembersih berus mekap. Apa lagi ya selepas ini? 

Jenama: Syedewa Cosmetics

View this post on Instagram

L I M I T E D E D I T I O N❤️

A post shared by Syedewa Cosmetics (@syedewacosmetics) on

Dalam enam diatas dah ada yang anda miliki produknya?

Komen Anda