Jika anda perhatikan setiap produk kelahiran negara ginseng Korea sering memberikan yang terbaik dalam menghasilkan produk mereka. Tidak hanya pada formula semula jadi bahkan sehingga ke pembungkusan seperti bedak kompak, bb cushion serta pelbagai lagi.
Kali ini, penulis tertarik untuk berkongsi bekas bedak kompak yang mencuri tumpuan dengan perincian cukup mewah dan mengagumkan.
Diilhamkan oleh keindahan bunga mawar plum yang mekar ketika musim salju, jenama kecantikan terkemuka Sulwhasoo melancarkan 2018 Master Craftsman Art Collection untuk merayakan ulang tahun ke-16 ShineClassic Makeup Line. Yakni membawa kepada kerjasama dengan tukang seni kraf dan reka bentuk warisan budaya Korea yang disegani.
Tahun ini, Sulwhasoo dengan bangga memperkenalkan koleksi edisi terhad; ShineClassic Powder Compact (RM580), ShineClassic Multi Powder Compact (RM580) dan ShineClassic Perfecting Cushion Intense (RM273). Berkolaborasi dengan tukang seni, Hong Jung Sil, 2018 Master Craftsman Art Collection menggabungkan kecantikan yang halus dengan kemasan logam dan ukiran mewah dari objek sinonim dengan Korea.
Sejak tahun 2003, Sulwhasoo terus menyampaikan ShineClassic Makeup Line dengan cara yang eksklusif, menarik inspirasi dari corak Korea secara tradisional dan moden. Sekaligus mempromosikan keindahan budaya Korea yang luar biasa dengan mengharmonikan kedua-dua tradisi dan kontemporari bersama-sama.
Koleksi ShineClassic Makeup Line akan berada di pasaran pertengahan November di semua kaunter Sulwhasoo serata Malaysia. Untuk info lanjut, boleh semak Facebook Sulwhasoo.