Kesihatan

Apakah Tanda ‘Period Pain’ Yang Tidak Normal? Mari Periksa…

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Apakah Tanda ‘Period Pain’ Yang Tidak Normal? Mari Periksa…

Rasa sakit ketika datang bulan kalau difikirkan seolahnya perkara yang biasa yang dialami. 

Namun tanpa kita sedar sakit yang kita tempuh setiap bulan itu rupanya tanda-tanda berkemungkinan kita mengalami sakit dalaman yang lebih serius. Bukan ingin menakutkan anda tapi realitinya ia perlahan-lahan boleh menjejaskan kesihatan. 

Cuba check adakah anda kerap mengalami perkara dibawah ini…

#1 Terpaksa cuti kerja berhari-hari

Simptom paling berat apabila anda terpaksa mengorbankan cuti sakit atas alasan period pain yang dialami. Kekejangan yang berlaku menyebabkan anda tidak mampu untuk perform ditempat kerja. Lebih menakutkan jika anda meringkuk sakit selama dua atau tiga hari lebih! Gejala ini antara tanda serius yang boleh berlaku sekiranya tidak rawat.

#2 Ambil ubat pun tak ‘jalan’

Ada sesetengah daripada kita akan merasa lega setelah mengambil ubat tahan sakit, namun ada yang tidak. Bagi mengelakkan rasa sakit berpanjangan, ada wanita sanggup menelan pil tahan sakit lebih daripada dos yang diperlukan. Tabiat ini cenderung untuk memberi risiko pada masalah kesihatan yang lain. Normal ke period pain sampai anda terpaksa telan ubat banyak-banyak? Hmmm..

Foto – BINTO
#3 Sakit pelvis sebelum haid

Sudah menjadi kebiasaan akan timbul rasa sakit pada pinggang dan pelvis beberapa hari sebelum. Namun jika ia berterusan sakit sepanjang haid, itu mungkin tanda yang tidak normal. Malah wanita yang mengalami sakit pelvis semasa seks tanda mengalami sakit kejang yang serius ketika haid. 

#4 Ada simptom lain

Mungkin anda tidak pasti samada kekejangan datang bulan normal atau tidak. Simptom yang lain boleh menjadi tanda seperti darah haid banyak, kitaran yang tidak menentu, sukar untuk hamil, turut mengalami cirit-birit atau mual sepanjang haid.

Foto – the pantry – BoxGreen

Jika anda mula timbul rasa tidak sedap hati atau kerap kali memikir tentang kekejangan datang bulan. Jangan tunggu lama, lebih baik dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor. Ini adalah langkah pertama untuk diagnos samada sakit haid yang anda alami setiap bulan normal atau tidak.

RUJUKAN