Rasanya belum habis lagi rasa terkejut dengan kisah percintaan dua umur dan dua benua ini.
Nick Jonas yang kini berusia 26 tahun berjaya menambat hati pelakon hebat Bollywood, Priyanka Chopra yang beza 10 tahun dari umurnya. Lebih mengejutkan apabila mereka tidak tunggu lama dengan terus mengikat tali pertunangan pada bulan Ogos tahun ini.
Tidak perlu pengesahan daripada agensi atau sebagainya, Priyanka dan Nick sama-sama memuatnaik gambar romantis sebagai tanda khabar gembira tentang pertunangan mereka adalah sahih.
Sejurus selepas hampir tiga bulan bertunang, kini pasangan semanis madu ini bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Pantas! Semua ini dapat diteka melalui parti bridal shower baru-baru ini.
BACA: Tampil Serba Putih, Priyanka Chopra Kelihatan Persis Puteri Di Bridal Shower
Sekejap sahaja rasa dari khabar angin bercinta tup tup sekarang dah nak kahwin!
Perbezaan umur dan bangsa tidak memberi apa halangan untuk mereka berdua bersatu. Syukur rasanya apabila restu kedua belah keluarga dan peminat memudahkan segala urusan Priyanka dan Nick Jonas.
Sebelum Instagram mereka penuh dengan gambar wedding, apa kata kita imbas kembali gambar semarak cinta Priyanka-Nick selepas bergelar tunangan orang.
Gambar penuh sepanjang majlis pertunangan di India. Nick Jonas seolah tak lelah menatap Priyanka.
Nick Jonas muat naik gambar black & white tapi isinya penuh dengan warna bahagia.
Wow! Dah tiada malu-malu lagi… Priyanka berani berkongsi gambar ciuman mesra dipipi Nick Jonas.
Suka baca kapsyen Nick..nampak sangat tak sabar untuk bersama Priyanka buat selamanya.
Sekali lagi, Priyanka update gambar manja bersama tunangan tercinta. Alahai…
Wanista doakan pasangan hot ini kekal bahagia hingga ke anak cucu. Tahniah!