Kesihatan

Betul Ke Kenyang Awal Petanda Yang Tak Baik?

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Betul Ke Kenyang Awal Petanda Yang Tak Baik?

“Burrppp……” Belum sampai separuh makan dah rasa kenyang, perut rasa penuh…

Anda biasa mengalami keadaan kenyang awal? Kenyang awal bermaksud anda berasa kenyang sleepas beberapa gigitan makanan atau sebelum anda menghabiskan hidangan bersaiz normal. Selain itu, anda juga boleh berasa mual atau mahu muntah semasa makan.

Foto – Food Envy

Dilaporkan, kenyang awal adalah masalah kecil biasa terutama jika anda tidak mempunyai simptom lain. Walaubagaimanapun, kenyang awal yang berterusan boleh menjadi tidak sihat dan mendorong kepada kekurangan nutrisi, kelaparan dan penyembuhan luka yang lemah. Malah, ia juga boleh menjadi tanda keadaan yang serius seperti kanser, ulser dan diabetes. Bagi sesetengah keadaan, ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman atau kurang darah jika tidak dirawat.

Punca Kenyang Awal Terjadi?

Gastroparesis

Orang mempunyai gastroparesis mengalami kenyang awal kerana makanan berada di perut mereka lebih lama daripada yang sepatutnya. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, paling biasa diketahui adalah diabetes penyebab gastroparesis. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada saraf yang mengawal pergerakan perut.

Kanser

Menurut Nutrisi dan Pesakit Kanser, rasa kenyang awal adalah satu daripada 10 simptom utama bagi kanser walaupun ia tidak termasuk dalam kebanyakan simptom yang dinilai. Kenyang awal pada orang yang mempunyai kanser cenderung bersama penurunan berat badan, anoreksia, dan perubahan rasa. Sekurang-kurangnya, orang yang mengalami kenyang awal dan kanser juga mungkin mengalami pelbagai tahap keletihan, kelemahan, dan mulut kering.

Sindrom Usus

Punca lain yang menyebabkan kenyang awal adalah sindrom usus iritabel (IBS), ia adalah gangguan yang memberi kesan kepada usus besar atau kolon dan menyebabkan sakit perut.

Foto – Active.com

Yang pasti rawatan kenyang awal bergantung kepada puncanya. Doktor mungkin mencadangkan:

  • Makan lebih banyak, hidangan kecil setiap hari
  • Kurangkan pengambilan lemak dan serat kerana ia memperlahankan pencernaan
  • Pengambilan makanan dalam bentuk cecair atau puri
  • Mengambil perangsang selera makan
  • Mengambil ubat untuk melegakan ketidakselesaan seperti metoclopramide, antiemetik, atau eritromisin

Selamat Beramal!

RUJUKAN