Hiburan

Tak Berkelip Tengok Kecantikan Beyonce “Jadi” Toni Braxton Untuk Halloween

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Tak Berkelip Tengok Kecantikan Beyonce “Jadi” Toni Braxton Untuk Halloween

Masih lagi demam pesta Halloween yang melanda dunia. Orang biasa sehinggalah ke para selebriti berpusu-pusu dalam mencari kostum terbaik bagi memberikan satu penampilan yang sempurna dan menjadi bualan.

Dalam banyak-banyak, kostum Beyonce paling penulis suka. Bukan apa, penulis cukup mengagumi kecantikan dan keseksian Beyonce dalam ‘menjadi’ ikon muzik Toni Braxton.

Beyonce berpakaian sebagai ikon muzik Toni Braxton untuk menyambut Halloween. Untuk mencipta semula penyanyi legenda era 90-an itu, diva Beyonce bekerjasam dengan jurusolek Rokael Lizama, jurugambar Blair Caldwell, penata rambut Kim Kimble dan stylist Zerina Akers.

Dari potongan rambut pixie, singlet putih, high-waisted jeans dan jaket kulit berserta aksesori tali pinggang berantai, penampilan Beyonce cukup cantik dan seksi sekali. Beyonce dan pasukannya berjaya membawakan watak Toni Braxton dengan sempurna bahkan penulis sendiri tak berkelip tengok. Everything just so gorgeous!

Bahkan empunya diri Toni Braxton sempat tweet teruja melihat kostum memukau Beyonce di Twitter. Comel sangat!

Cantik sangat Beyonce ni… Kalah yang lain.

RUJUKAN : & 2