Acara

Kumpulan Kpop Idol KARD Meriahkan Super Show 11.11 Lazada November Ini!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kumpulan Kpop Idol KARD Meriahkan Super Show 11.11 Lazada November Ini!

Jika di Korea, tarikh 11 November dianggap sebagai tarikh keramat untuk menyambut Pepero Day bersama yang tersayang… di Malaysia, tarikih 11 November dipilih oleh Lazada Malaysia untuk mengadakan jualan mega habis-habisan yang mengetengahkan lebih 110 juta produk dari 50 jenama kegemaran ramai selama 24 jam secara berterusan, sepanjang hari!

IKLAN

Lazadaさんの投稿 2018年10月24日水曜日

Bagi memeriahkan majlis juga, Lazada Malaysia tidak ketinggalan bakal menganjurkan sebuah persembahan istimewa dipanggil 11.11 Super Show. Ia menggabungkan pelbagai bakat hebat tanah air seperti Wany Hasrita, Aiman Tino, Ella, Ziana, Zain, Bunkface, Haqiem Rusli dan ramai lagi. Lebih menerujakan apabila kumpulan Kpop Idol KARD bakal menyertai persembahan tersebut secara langsung pada malam 10 November nanti di Stadium AXIATA Arena.

Kumpulan KARD yang disertai ahli Jeon Ji-wo, J.Seph, Jeon So-min dan BM. Sumber: Pinterest

Menurut Lazada, ini adalah hadiah yang bakal dihidangkan untuk lebih 3 juta penonton seluruh Malaysia di mana, orang ramai bisa menyertai kemeriahan Super Show 11.11 dengan menontonnya menerusi siaran langsung yang dipancarkan di TV3, NTV7, Tonton serta aplikasi mudah-alih Lazada yang boleh dimuat turun secara percuma ke telefon pintar.

Bukan itu sahaja, pengguna boleh dapatkan lebih ganjaran apabila menggunakan aplikasi mudah alih Lazada dengan menekan pada baner Wonderland untuk mengutip sebanyak mungkin baucer membeli-belah dari 11am hingga 5pm dala tempoh 10 hari, bermula esok, 1 November hingga 10 November menjelang Lazada 11.11 Shopping Deals.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/LazadaMalaysia]. Happy shopping guys! 

IKLAN