Jika kita sering dengar betapa seni bina terunggul di dunia seperti Piramid dan Segi Tiga Bermuda adalah perkara yang paling bermisteri di dunia, ramai tidak tahu bahawa lima bangunan yang akan Wanista senaraikan ini sebenarnya lagi bermisteri menurut laman-laman portal popular seperti abandoned-places.com dan weburbanist.com.
Setiap satunya menyimpan misteri tersendiri yang tidak hanya menceritakan tentang makhluk halus mahupun seribu satu kisah seram, namun ada diantaranya juga bersifat ngeri kerana tiada satu pun jawapan tepat yang bisa menjadi pengakhiran mengapa bangunan tersebut wujud sehingga ke hari ini.
#1 Hotel Yanggakdo Internationl, Pyongyang, Korea Utara
Seperti yang kita semua tahu, Korea Utara sememangnya umpama kota lama yang ketinggalan zaman. Hotel ini hanya menerima 1,500 orang pengujung setiap tahun, ia turut menawarkan variasi fasiliti seperti restoran, bilik karaoke, bilik teh, pusat bowling dan sauna.
Namun begitu, hotel ini dikatakan menyimpan misteri apabila lif yang boleh membawa penginap hingga ke tingkat 47 ini tidak pernah sekali pun berhenti di tingkat 5 bahkan tidak mempunyai butang untuk ke tingkat 5, sebaliknya terus ke tingkat 6. Apakah yang ada di tingkat 5 sebenarnya?
Ramai membuat spekulasi bahawa ia adalah kawasan larangan rahsia yang menjadi tempat menyimpan monitor dan segala teknologi canggih untuk mengawal keadaan hotel. Mungkin juga untuk propaganda?
Walau bagaimanapun, ada beberapa pelancong asing yang sebenarnya berjaya merungkai misteri ke tingkat itu dengan menekan butang 4 dan 19 sekaligus untuk turun ke tingkat 5. Namun hampa, mereka kemudian dihalau oleh orang yang menjaga tingkat tersebut.
#2 Rumah Api Rubjerg Knude, Hjørring, Denmark
Dibina pada 1900, ia kemudian tidak lagi beroperasi sekitar 1968 selepas pasir pantai mula meneggelamkan sebahagian besar dasar rumah api secara misteri.
Sehingga kini tiada siapa pun tahu apa yang ada dalam rumah api tersebut malah, pasir semakin hari semakin menimbuni kawasan rumah api berkenaan meskipun pada asalnya ia dibina sejauh 656 kaki dari kawasan laut dan berada setinggi 200 kaki dari paras laut.
#3 Loretto Chapel, Santa Fe, NM
Jika dilihat dari sudut seni bina, gereja ini memang kelihatan bernilai. Namun, tahukah kamu bahawa kesemua sambungan yang dibuat dalam bangunan gereja ini adalah tidak berpaku dan hanya disambung dan dibina menggunakan pasak kayu?
Sebuah kisah menceritakan bahawa tukang kayu yang membina anak tangga berpusar gereja ini pada tahun 1878 secara tiba-tiba telah hilang sebaik menyiapkan tangga itu tanpa menuntut sebarang bayaran. Hmm? Misteri.
#4 Porta Magica, Rome
Terletak di kawasan yang terbuka, binaan misteri ini dikenali sebagai pintu ajaib yang pada asalnya merupakan bahagian pintu masuk ke sebuah villa abad ke-17 milik Massimiliano Palombara yang ternyata sangat obses dengan resepi mengubah logam biasa menjadi emas.
Formula rahsia itu kemudian diabadikan dalam bentuk simbol kod yang tidak difahami -diukir pada bahagian pintu masuk untuk tujuan disampaikan kepada generasi baru secara turun-temurun. Sehingga kini, ramai pakar cuba merungkai maksud kod tersebut bagi mendapatkan formula dan cara menukar logam biasa menjadi emas tetapi tiada sesiapa pun berjaya. Oleh itu, hanya bahagian pintu villa ini sahaja masih dikekalkan sebagai binaan bersejerah yang menyimpan misteri.
#5 Perpustakaan Negara, Kolkata, India
Setelah sekian lama orang menjaja cerita tentang betapa bangunan perpustakaan yang berusia 250 tahun itu adalah sangat berhantu, akhirnya pada tahun 2010, sebuah bilik rahsia tanpa pintu dan tingkap telah dikesan -terletak di kawasan bawah bangunan.
Ramai yang mengatakan bahawa ia mungkin digunakan sebagai bilik penyiksaan suatu ketika dahulu namun pakar menepis tanggapan itu dan mengatakan ia adalah sebuah medium yang dibina untuk menampung kestabilan asas bangunan tersebut. Well, apa pendapat korang?
Sebenarnya banyak lagi bangunan dan binaan pelik lain, akan Wanista update dari masa ke masa untuk pengetahuan semua okay?
Bagi korang, tempat apa paling pelik dan menyimpan 1001 misteri yang ada di sekitar Malaysia ni?