Hiburan

Bukan Biasa-Biasa, Ni Gaji Sebulan Pengasuh Taimur Ali Khan

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Bukan Biasa-Biasa, Ni Gaji Sebulan Pengasuh Taimur Ali Khan

Jika anda selalu stalk gambar si comel Taimur Ali Khan Pataudi, pasti perasan susuk tubuh wanita yang selalu memegang Taimur. Bukan ibunya Kareena Kapoor tapi pengasuh Taimur yang sering bertocang kemas dan memakai kaca mata. Dia dilihat begitu mesra dan Taimur juga sangat selesa apabila bersama pengasuhnya.

Kalau dah anak kepada dua superstar Bollywood memang wajib Taimur diberi perhatian yang khususnya lebih lagi Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan dikhabarkan semakin sibuk dengan job masing-masing.

Foto – Bollywood Bubble

Apa yang penulis maksudkan ialah penjagaan yang diberikan oleh pengasuh kepada Taimur bukan calang-calang. Kalau mengikut dengan gaji yang dibayar oleh pasangan selebriti kelas-A ini kepada pengasuh Taimur cukup menjelaskan menjaga Taimur harus ditatang seperti minyak yang penuh.

Berapa gaji pengasuh Taimur Ali Khan Pataudi?
Rs 1.5 lakh = RM8,520 sebulan!

Terkejut rasanya bila gaji pengasuh boleh setanding besar dengan gaji pegawai kerajaan. Kah! 

Foto – Zee News

Menurut sumber terdekat lagi, ia boleh meningkat sehingga Rs 1.75 lakh (RM9,800). Ini juga bergantung kepada masa penjagaan kadangnya lebih masa atau mengikut keluarga besar ini ke percutian luar negara. Lebih menguntungkan, pengasuh Taimur diberi kenderaan sebagai kemudahan membawa Taimur bersiar-siar sekitar bandar Bandra.

Foto – India Forums

Rupanya pengasuh yang diupah oleh Kareena ini bukan calang-calang, mereka merupakan dari agensi berprofil tinggi. Malah Tusshar Kapoor and Soha Ali Khan juga menggunakan khidmat pengasuh dari agensi yang sama.

Makcik yang jaga Taimur ni nampak biasa kan? Tapi dalam diam..gaji hampir 10 ribu. Hebat!

SUMBER 

Komen Anda