Letak teabag dan tuangkan air panas ke dalamnya. Itu cara biasa yang kita lakukan dalam menyediakan secawan teh.
Salah… ada beberapa cara lagi yang perlu ambil tahu, antaranya ratio air panas dan teh yang digunakan, kualiti teh serta kebersihan teko yang digunakan. Nampak payah tapi itulah hakikat yang diajar oleh pakar dari Dilma Tea.
Baca: Ini Alasan Teh Ceylon “Dilmah Tea” Sangat Berharga Dan Paling Terbaik
Ikuti aris panduan mudah untuk memastikan secawan teh Dilmah yang anda sediakan mempunyai rasa yang sempurna dan NAK LAGI.
#1 Hanya menggunakan teh yang segar dan berkualiti tinggi sahaja. Teh harus disimpan dalam bekas kedap udara, jauh dari barang-barang yang berbau.
#2 Gunakan air segar. Sentiasa kosongkan teko dan isi dengan air sejuk yang betul-betul segar. Air panas atau yang dipanaskan mengandungi kurang oksigen dan memberikan rasa besi.
#3 Pastikan teko sebersih yang mungkin. Lapisan tanin pada teko tidak meningkatkan rasa – ia hanya membuatkan teh rasa pahit.
#4 Panaskan teko. Bilas dengan air panas, ini untuk memastikan air kekal pada titik didih apabila ia menyentuh teh.
#5 Gunakan sejumlah teh yang betul, satu sudu teh setiap orang. Apabila menggunakan teabag, gunakan kaedah yang sama – 1 teabag untuk seorang. Jadi, ketahui berapa orang untuk hidangan satu teko.
#6 Letak teabag ke dalam air dalam 3 hingga 5 minit.
#7 Pastikan anda kacau sebelum disajikan.
#8 Terus disajikan. Teh akan rasa kelat lika dibiarkan lebih dari 10 minit dan semestinya sejuk.
#9 Nak sedap, tambah gula atau susu sekiranya diperlukan. Guna susu suam jika anda menggunakan Dilmah Tea kerana rasanya lebih sedap dan segar.
Tapi pada penulis, tidak kisahlah bagaimana caranya anda menyediakan teh, asalkan ianya sedap sudah memadai…