Sebagai seorang wanita, memiliki pakaian dalam berkualiti adalah antara perkara paling mustahak untuk diambil kira. Tidak cuma cantik, pakaian dalam yang dibuat menggunakan material selesa serta tahan lasak dalam masa yang sama agak sukar didapati di pasaran.
Baru-baru ini, La Senza yang merupakan jenama pakaian dalam terkemuka dari Kanada melancarkan satu lagi cawangan gedung mereka SkyAvenue, Genting Highlands.
Membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk memiliki pakaian dalam cantik pada harga berbaloi, setiap satu rekaan baju dalam dan seluar dalam La Senza dihiasi perincian menarik, khas buat mereka yang berjiwa feminin.
Rata-ratanya memanfaatkan trim renda, hiasan butiran permata berkilau serta corak cetakan yang edgy, tidak hanya meneyediakan pakaian dalam semata, La Senza turut menawarkan seleksi aksesori serta koleksi baju tidur pelbagai gaya untuk memenuhi keperluan wanita.
Penulis sendiri berpeluang menjejakan kaki ke La Senza, SyAvenue tempoh hari. Boleh kata, biarpun butik yang berlokasi dalam bangunan membeli-belah baharu itu agak kecil berbanding cawangannya di Mid Valley Megamall, hiasan dalam yang berkonsepkan hip ala kawasan urban downtown yang dipenuhi lukisan graviti pada dinding di setiap sudut adalah sangat bertepatan dengan aura fun and fancy yang cuba ditonjolkan.
Bukan itu sahaja, susunan rak juga sangat kemas apabila setiap satu penjuru dilabel dengan nama-nama koleksi untuk memudahkan pelanggan mengenal pasti cita rasa mereka -melihatkan terdapat banyak jenis rekaan bra menarik yang ditawarkan La Senza termasuklah dari jenis Push Up, Bralettes, Demi, Full Cup dan banyak lagi.
Bagi seluar dalam pula, meskipun La Senza terkenal kerana variasi rekaan yang seksi dan banyak menggunakan material jenis renda, mereka turut mengutamakan keselesaan pengguna dengan adanya koleksi Remix Panties yang boleh dibeli pada harga serendah RM150 untuk lima helai.
Seluar dalam dari koleksi ini kebanyakannya menggunakan campuran material kapas selesa dan bisa menyerap lembapan dengan baik. Bahagian getah pinggang juga sangat fleksibel dengan adanya pilihan saiz dari XS hingga XL.
Untuk pengetahuan semua, lebih 80% wanita di dunia memakai saiz pakaian dalam yang salah! Di La Senza, pelanggan sebenarnya berpeluang mencari tahu saiz bra yang paling betepatan dengan aset mereka dengan adanya gadis-gadis petugas yang sentiasa ringan tangan untuk membantu. Boleh minta mereka mengukur saiz payudara dan ukur lilit tubuh tanpa perlu membuka pakaian pun!
Jangan ketinggalan untuk membeli pakaian dalam baru di La Senza, SkyAvenue yang terletak di Aras 2, Lot 12A-40. Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/lasenzamalaysia].
Selamat membeli belah di SkyAvenue semuanya! ❤