Kesihatan

Penjelasan Saintifik Kenapa Menguap Boleh Berjangkit

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Penjelasan Saintifik Kenapa Menguap Boleh Berjangkit

Tak percaya? Cuba tengok orang menguap sekarang, kamu pasti akan menguap juga meskipun mata tidak mengantuk. Secara tidak langsung, perbuatan menguap sebenarnya tidak boleh dikawal dan ianya akan berlaku secara refleksi dan mungkin juga dengan hanya melihat rakan atau orang dikeliling kita menguap. Tapi kenapa agaknya?

Menguap Boleh Ukur Kepandaian Seseorang?

Dalam sebuah kajian terkini, katanya perbuatan menguap mampu mengukur kebijaksanaan seseorang. Ini kerana perbuatan itu berkait rapat dengan fungsi dan bilangan neuron yang terkandung dalam otak.

Sumber: Giphy

Menurut sekumpulan pengkaji dari State University of New York, manusia adalah golongan hidupan mamalia yang bisa menguap lebih panjang (lama) berbanding haiwan mamalia seperti gorila, badak, gajah dan lain-lain yang rata-ratanya menguap dalam jangka masa paling singkat. Haiwan mamalia tersebut ternyata memiliki saiz otak lebih kecil berbanding otak manusia (yang mampu menguap lama).

Menguap Adalah ‘Radiator’ Untuk Menyejukan Otak

Menurut artikel yang ditulis TIME, satu lagi kajian oleh University of Vienna telah merungkai misteri perbuatan menguap di mana, hasil kajian mendapati… individu akan terdorong untuk menguap apabila berada dalam suhu tinggi. Semakin panas otak, semakin tinggi kebarangkalian seseorang untuk menguap. Hasil kajian juga menjelaskan bahawa, suhu otak seseorang akan menurun sebaik selepas menguap.

“Apabila menguap, kita akan menarik lebih banyak udara untuk masuk ke dalam tubuh sekaligus menyejukkan suhu otak”.

Kenapa Menguap Berjangkit?

Sehingga kini, tiada sesiapa pun boleh merungkai kenapa perbuatan menguap bisa berjangkit dari seorang ke seorang yang lain. Namun, saintis ada mengemukakan beberapa teori berkenaan hal ini.

Pertama, ia mungkin disebabkan tindak balas psikologi yang dipanggil “Non-Concius Mimicry”. Ia berlaku apabila kita melihat orang menguap dna secara tidak langsung otak kita memproses maklumat untuk MENIRU perlakukan yang sama tanpa sedar. Keadaan ini berada di luar kawalan kita dan ia dikawal sepenuhnya oleh otak.

Sumber: Google Images

Teori kedua pula menceritakan betapa menguap yang berjangkit ini adalah disebabkan dorongan “Neuron Cermin”. Dalam otak manusia, terdapat bahagian-bahagian yang dipenuhi neuron cermin -asalnya berfungsi untuk proses pembelajaran dan kesedaran individu. Hasil kajian yang menggunakan teknologi fMRI membuktikan, apabila seseorang melihat atau mendengar orang menguap, sesetengah kawasan dalam otaknya yang dipenuhi neuron cermin ini akan menjadi aktif -membuatkan seseorang itu turut sama menguap.

Teori ketiga pula menjelaskan tetang penglibatan tindak balas psikologi dipanggil “Emphaty” di mana, kita sebenarnya akan lebih terdorong untuk berjangkit menguap dengan orang yang kita kenali (kawan-kawan/keluarga/kekasih/haiwan peliharaan) berbanding orang asing kerana tindak balas ini disokong oleh sifat empati dalam diri.

Tonton Video Lelaki Buktikan Menguap Boleh Berjangkit

Rasanya dah berpuluh kali penulis menguap sepanjang siapkan artikel ni. Memang betul, menguap boleh berjangkit. Apa pendapat korang? ❤

RUJUKAN 1, 2, 3