Selain ‘usha’ fesyen selebriti tempatan dan antarabangsa, penulis suka stalk video masakan beberapa selebriti wanita tempatan ini. Mereka bukan sahaja pandai bergaya, bahkan handal berperang di dapur. Cakap saja nama masakan – tempatan, western, Thai, Cina, Itali, semua petik jari.
Tak sangka walaupun mereka hidup serba mewah dan urban tapi masih sempat menyediakan air tangan sendiri untuk keluarga tersayang. Untung tau…
Datin Eina Azman
Setiap video masakannya mendapat tontonan ratusan ribu. Gemarkan hidangan tradisi, satu perkara yang penulis suka dengan pelakon cantik dan tinggi lampai ini ialah trademark “… is done” dengan lenggok suara yang serak manja.
Faradhiya
Penyanyi dan pelakon putih bersih ini pernah mendapat hentaman netizen kerana menggunakan ‘kuali buruk’ setiap kali memasak. Merepekkan… Tidak terikat untuk hidangan tradisi, Faradhiya juga handal membuat kek, masakan barat serta bermacam lagi. Confirm terliur setiap kali menonton video masakannya.
Sheila Rusly
Siapa yang tidak mengetahui kehebatan penghibur serba boleh Sheila Rusly. Hebat memasak sehinggakan menjadi duta untuk produk Maggi dan pelbagai lagi kelengkapan dapur. Kalau anda tak ada idea nak masak, tonton sahaja video isteri kepada pengarah Jinggo ini.
Hanis Zalikha
Siapa yang gila masakan barat seperti steak, spaghetti, atau masakan Korea, tonton sahaja video usahawan catik ini. Menariknya, Hanis turut berkongsi idea dan resepi menyediakan juadah ringkas untuk si kecil. Kaum ibu yang ada anak kecil, wajib follow IG Hanis.
Zarazya
Bukan sahaja memasak untuk diri sendiri. Tapi tahukah aktres kecil molek ini turut menerima tempahan dari orang ramai, kiranya delivery service. Ada tempahan untuk kek, masakan tradisi dan pelbagai lagi. Dengar khabar, baru-baru ini Zarazya membuka kiosk nasi lemak di sebuah food court pusat membeli-belah.
Elly Mazlein
Seorang lagi penulis kerap stalk ialah aktres berbakat Elly Mazlein. Suka video masakannya kerana nama yang diberikan untuk setiap hidangan cukup mencuit hati dan kreatif. Contohnya seperti “Sotong Masak Petai Gangster”, “Masak Lemak Udang Cili Padi di Hujung Mekar”… Fun kan?
Sebenarnya ramai lagi tapi yang 6 ini antara favorite penulis. Enjoy!