Tubuh badan yang langsing adalah impian bagi semua golongan wanita tanpa mengira usia. Biarpun ada sesetengahnya menganggap bentuk tubuh yang terlalu kurus adalah tidak menarik, tetapi bagi mereka di Jepun dan Korea umumnya, bentuk badan yang kurus adalah satu bonus dan dianggap sebagai daya tarikan fizikal ‘mengiurkan’.
Namun begitu, ramai tidak tahu sebenarnya orang Jepun mengamalkan gaya pemakanan yang unik untuk kekal langsing dari muda hingga tua. Untuk kebaikan semua, ini Wanista kongsikan bersama.
#1 Diet Yang Kaya & Seimbang
Kamu salah kalau fikir orang jepun hanya makan sushi semata. Mereka sebenarnya mengamalkan pemakanan paling sihat dan seimbang termasuklah mengamalkan pemakanan harian seperti ikan, sayuran, rumpai laut, nasi, soya dan buah-buahan. Memang jarang sangat dengar orang Jepun makan makanan tinggi kalori dan makanan segera. Boleh kata semua makanan mereka disediakan panas bahkan dimasak segar guna ramuan asli.
#2 Cara Memasak
Kebanyakan ramuan makanan akan dihiris halus atau dipotong dalam saiz yang kecil agar lebih mudah masak. Justeru, kaedah memasak seperti memanggang, bakar, merebus, dan mengukus boleh dimanfaatkan. Jika hendak menggoreng sekalipun, minyak yang sangat sedikit akan digunakan.
Orang Jepun juga suka makan hidangan cara mentah seperti sashimi umumnya!
#3 Makan Nasi Berbanding Roti
Ramai tak tahu sebenarnya nasi lebih baik daripada roti sebagai makanan diet. Ia juga akan dimasak tanpa sebarang bahan perasa, garam atau mentega. Hmm, patutlah langsing semuanya. Tak makan roti tapi makan nasi. Nasi pula haruslah nasi kosong semata. Patutlah rata-rata makanan Jepun tawar.
#4 Katakan “TIDAK” Pada Manisan
Orang Jepun tak suka makan manisan macam orang kita. Manisan adalah makanan yang tidak diamalkan mereka dan istilah pencuci mulut sangat jarang didengari di Jepun. Kalau ada pun manisan di Jepun, ianya adalah mochi.
Kandungan gula dalam mochi sangat sedikit dan pastinya kurang lemak. Intinya juga berasaskan kekacang atau buah.
#5 Sarapan Adalah Hidangan Utama Harian
Sarapan dianggap seperti makan tengahari di Jepun. Mereka akan makan kenyang-kenyang dengan hidangan berat seperti telur, nasi, ikan bakar dan sebagainya.
Jadi kalau nak kurus dan langsing macam perempuan-perempuan Jepun bolehlah amalkan cara pemakanan yang macam ni okay?
Selamat beramal!