Semua orang suka makan buat pir. Pir disenangi bukan hanya kerana rasanya yang enak, rangup dan manis tetapi juga mempunyai manfaat untuk kesihatan yang berbeza-beza.
Kita ketahui buah pir dikenali sebagai buah-buahan yang membantu mengurangkan berat badan. Tapi tak banyak yang tahu bahawa ternyata makan buat pir juga mampu memberi manfaat menjaga kesihatan dan kecantikan kulit muka.
- Foto – Pinterest
Nutrien Buah Pir
Kajian Medicalnewstoday.com mendapati buah pir mampu memenuhi keperluan vitamin C harian sebanyak 12%, vitamin K sebanyak 10%, kalium sebanyak 6% dan sejumlah kecil kalsium, zat besi, magnesium, riboflavin, vitamin B-6, dan folat.
Buah Pir Merah
Bahkan buah pir yang berwarna kemerahan mempunyai kandungan karotenoid, flavonol dan antosianin yang sangat penting bagi kulit kerana membantu penyerapan vitamin di dalam tubuh sehingga mampu menjaga kesegaran dan keremajaan kulit.
Buah pir juga kaya kandungan serat dan air yang sangat baik membuang racun dari dalam tubuh dan membersihkan aliran darah sehingga tiada lagi timbul jerawat. Hebatkan?
Jadi, sama-sama kita amalkan makan buah untuk kulit bersih bebas jerawat.