Sudah menjadi ragam wanita masa kini untuk kelihatan rapi dan cantik senantiasa. Untuk menjaga penampilan, rata-ratanya akan keluar disertai wajah jelita yang sudah dioles dengan segala macam produk solekan termasuklah bedak asas, gincu dan sebagai.
Maskara umumnya turut dimanfaatkan ramai untuk menampakkan ilusi bulu mata yang lebih panjang dan melentik, tetapi tahukah kamu bahawa tidak semua maskara menggunakan ramuan yang mesra untuk menjaga kesihatan bulu mata.
dUCk Cosmetics yang diasakan oleh Vivy Yusof baru-baru ini tampil dengan rangkaian maskara terbaik dipanggil Lash Lush Mascara, ditawarkan dalam tiga pilihan termasuklah Length Matters, Up the Volume dan Drama Queen.
Untuk pengetahuan semua, setiap satunya diperkaya dengan Vitamin E dan Provitamin B5 yang mampu memberi kelembapan terbaik pada kawasan sekitar bulu mata di samping mengekalkan kedudukan bulu mata agar kelihatan kemas dan cantik senantiasa.
Lush Lash Mascara oleh dUCk Cosmetics juga tidak kalis air membuatkan ia lebih mudah ditanggalkan bagi wanita muslimah bahkan tidak menyebabkan bulumata mudah patah atau rapuh seperti mana-mana maskara kalis air lain di pasaran.
menurut dUCk Cosmetics, biarpun keluaran maskara sulung mereka ini bukan kalis air, ianya masih mampu mengekalkan momentum fungsi sebagai cecair pelentik bulu mata yang tidak mudah comot bahkan, dapat memelihara sekaligus menggalak pertumbuhan anak bulu mata baru!
Setiap satu Lash Lush Mascara oleh dUCk Cosmetics dijual pada harga RM60. Pengguna boleh beli terus dari gedung dUCk Cosmetics di Pavilion dan Suria KLCC atau menerusi gedung FashionValet dan secara atas talian di www.fashionvalet.com.