Baru-baru ini, hangat apabila sebuah majalah dari Sepanyol mendapat kecaman selepas menyiarkan satira berbaur hinaan tentang kematian ‘bunuh diri’ mendiang Shinee Jonghyun.
Majalah Sepanyol El Jueves telah menerbitkan komik mengejek kematian Shinee Jonghyun. Majalah ini adalah majalah satira mingguan Sepanyol, yang berpusat di Barcelona.
Seorang peminat menterjemahkan komik tersebut ke Bahasa Inggeris untuk menerangkan kandungan dengan lebih lanjut. Komik menyebut dan mengejek isu penderaan seksual, eksploitasi, kemurungan, dan bunuh diri yang kerap berlaku dalam dunia K-Pop.
Penterjemah memberikan konteks lanjut mengenai penggunaan perkataan “Pinypons” untuk menggambarkan Jonghyun, dan seluruh industri K-pop. Perkataan Pinypons merujuk kepada alat permainan yang tersirat dengan “idea patung yang menjadi plastik, dan dihasilkan” anak patung dengan rambut yang berwarna-warni boleh ditukar ganti.
Hello everybody, as you all know by now there was a comic mocking Jonghyun's passing, you'll find the trans below with the credits and a note. I hope it helps you understand even further how sick and unnecessary this comic was.#justiceforjjong pic.twitter.com/POaG4wFmUk
— Jinkisease 😷 (@CintiaDero) October 26, 2018
Peminat juga menegaskan bahawa artis Raul Salazar menerbitkan komik yang sama pada hari Jonghyun meninggal, menuduh Jonghyun cuba untuk menyertai “27 Club” dengan Janis Joplin, Jimi Hendrix, dan Jim Morrison – ikon muzik yang meninggal pada usia 27 tahun.
Baca: 8 Bintang Popular “Mati” Di Usia Muda 27 Tahun… Siapa Antara Mereka?
Orang barat ni boleh pula bawa main isu kematian orang…. hurmmm