Orang-orang tua dahulu sering ingatkan, bila orang tua bercakap jangan sekali mencelah atau menyibuk!
Sebenarnya bukan sahaja pada perbualan orang tua, banyak lagi situasi komunikasi yang kadangnya kita perlu mendiamkan diri dan mengundur diri. Tersilap cakap dengan mengikut emosi boleh melukakan perasaan orang lain malah kalau dalam urusan perniagaan boleh menyebabkan salah faham berlaku.
Jadi ada waktunya untuk anda mengunci mulut dan respect the silent moment. Tak perlu nak tunjuk pandai atau busybody!
Wanista terangkan 5 situasi untuk anda kekal steady dan dengar.
#1 Bila berlaku salah faham pendapat
Ini biasa terjadi tidak kira pada situasi bekerja atau dengan pasangan. Jika terdapat sebarang salah faham dan pihak sebelah sana tidak mahu kalah malah teguh dengan pendapat mereka. Apa yang perlu anda lakukan ialah iyakan sahaja dan diam. Tak perlu untuk anda memperbetulkan lagi kesilapan mereka kerana ia bagaikan mencurahkan minyak kedalam api. Tunggu situasi reda dan ada fakta tepat, barulah terangkan pada mereka.
#2 Tak tahu mengenai topik
Jangan tunjuk pandai kalau anda benar-benar tidak tahu tentang topik yang dibicarakan. Lebih baik anda diam dan dengar sahaja perbualan yang sedang berlangsung. Jika anda mahu masuk in group cukuplah sekadar mendengar dari mengisi cakap-cakap kosong atau lari topik!
#3 Bila kawan tengah menunjuk-nunjuk
Tempat paling senang kita nak cari contoh ialah di media sosial. Almaklumlah sekarang semua benda orang nak tunjuk di alam maya. Bila anda lihat ada rakan yang sedang syok menunjuk-nunjuk segala harta atau kebahagiaan, anda hanya swipe ke bahagian lain. Tak payah nak argue tentang sikap mereka atau update status tak puas hati. Jauhkan diri dari keyboard.
#4 Keluarga atau kawan sedang luahkan perasaan
Bila ada ahli keluarga atau rakan anda mengadu masalah, cukuplah untuk anda menjadi pendengar yang setia. Cuba jangan untuk mengaitkan pula kisah anda pada mereka kerana pada saat itu mereka mahu meluah bukan nak dengan cerita anda pula. Jika ada mereka minta pendapat dari anda,
#5 Anda seorang yang membosankan
Jujur jelah pada diri sendiri yang anda memang jenis tak banyak cakap a.k.a membosankan. Diam sahaja daripada anda situasi jadi lebih janggal.
So, nak lagi menyampuk orang bercakap?