Tips - Kesihatan

Boleh Ke Pakai Baju Tidur Sampai Seminggu Tak Dibasuh?

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Boleh Ke Pakai Baju Tidur Sampai Seminggu Tak Dibasuh?

“Alah, baju tidur jer kot..pakai pun sekejap untuk buat tidur. Takkanlah kena tukar setiap hari”

IKLAN

Hah! Inilah yang selalu digumam oleh mereka yang malas dan tidak ambil kisah tentang kebersihan ditempat tidur. Sia-sia sahaja kalau anda kerap menukar cadar tapi memakai pakaian tidur yang sama hampir setiap hari.

Percayalah pajamas yang tidak ditukar mudah kotor sekaligus mengundang anda kepada penyakit bawaan seperti demam dan selsema. Bukan itu sahaja, kalau wajah anda senang didatangi jerawat dan pori tersumbat, haaa…dari mana lagi kalau tidak baju tidur yang tidak bertukar.

Jadi adalah WAJIB untuk anda menukar pakaian tidur pada setiap malam.

Foto – racked.com

Jika anda masih berdegil untuk tidak menukar, berkemungkinan anda akan mengalami permasalah seperti ini..

Bangun pagi yang lemah

Memakai pakaian kotor ketika tidur malam boleh memberi kesan pada tubuh pada keesokan paginya. Anda akan berasa tidak segar, bermalasan dan tidak selesa. Ini kerana sepanjang malam anda bergelumang dengan bakteria yang ada pakaian lama. Ketahuilah bakteria berpindah dengan mudah pada kulit anda.

Tidur tidak nyenyak

Anda akan mengalami ketidakselesaan seperti gatal-gatal dan berminyak sekaligus menganggu kualiti tidur.

Foto – Dreams
Badan berbau

Sia-sia sahaja anda mandi tapi kemudian menyarung baju tidur yang lama. Bakteria yang terperangkap pada pakaian seterusnya meninggalkan bau badan yang tidak menyenangkan. Ingat bukan sahaja mandi yang mengelakkan badan berbau, malah menukar pakaian yang bersih juga memberi faktor yang sama. 

Dah faham kan? Selamat beramal.

IKLAN

RUJUKAN