Cemas rasanya untuk pertama kali berhadapan dengan para pegawai pada hari temuduga.
Segala kelengkapan seperti resume, sijil-sijil pelajaran dan maklumat peribadi telah diisi dengan rapi. Namun begitu jangan lupa dengan penampilan kamu. Ingat ya, aura dari penampilan diri adalah perkara pertama yang dilihat. Jika anda mula dengan aura yang baik walau dari pakaian, percayalah ia boleh mengubah tanggapan orang terhadap anda.
Wanista larang anda untuk memakai warna baju,
Kuning atau oren
Warna cerah sebegini sinonim dengan aura ceria dan seronok tapi ia tidak sesuai dengan situasi seperti hari temuduga. Ia boleh beri tanggapan anda seorang yang tidak serius dan tidak boleh diharap! Jadi jika anda ingin menghadiri mesyuarat atau acara korporat, sama sekali jangan menyarung kemeja warna kuning.
Merah
Merah sering dikaitkan dengan warna tegas dan agresif tapi ianya tidak sesuai untuk digayakan ke tempat kerja. Ia boleh beri tanggapan anda seorang yang susah untuk memberi kerjasama. Sebaiknya jangan memakai pakaian merah ketika berurusan perniagaan.
Jadi, Wanista syorkan untuk bergaya kemas dengan pilihan warna dari..
Hijau – Pakar psikologi mengatakan warna hijau adalah simbol harmoni dan kemesraan.
Biru – Si pemakai yang mengenakan warna biru sering dikaitkan dengan kebijaksanaan.
Coklat – Warna selamat sesuai untuk kaum lelaki dan wanita.
Hitam – Tampak elegan dan formal kebiasaanya.
Dah jelas sekarang? Pastikan juga pakaian dalam keadaan rapi dan paling penting keyakinan diri anda tu tau! Semoga berjaya.