Boleh jadi gila kalau tiada loose powder dalam beg mekap!
Loose powder adalah item paling perlu untuk mengunci pori-pori dan menghasilkan mekap matte tanpa kilauan berlebihan. Selain itu, ia juga digunakan sebagai membentuk contouring anda lebih tajam dengan teknik baking. Jika mekap mula kelihatan cair, anda boleh pantas sapukan loose powder selain menyembur setting spray.
Lambakan loose powder kadang boleh buat kita keliru untuk memilih lebih lagi bila berkait dengan kualiti dan bajet. Kualiti loose powder yang baik ditentukan melalui kehalusan bedak seperti tepung baru disiap ayak. Bedak yang halus lebih mudah diserap pada kulit sekaligus menjanjikan mekap tahan lama dan kurang berminyak.
BACA: Tips Memilih Loose Powder Terbaik Untuk Hasil Solekan Sekata Tidak Berminyak
Tak usah anda berhabis ratusan ringgit untuk sebekas loose powder, mari Wanista perkenalkan enam loose powder dengan harga bajet dan kualiti dijamin terbaik!
#1 dUCK Cosmetics Girl Powder
Harga: RM84.00
Jenama mekap tempatan dUCK Cosmetics mempunyai tiga pilihan Girl Powder iaitu dari Moisture Lock, Picture Perfect dan Loose Setting Powder. Ketiga-tiganya mempunyai fungsi yang sama mengawal minyak pada kulit tanpa membuatkan pori-pori tersumbat. Pada harga RM84, anda juga akan dapat puff bedak yang sangat comel dan packaging superb!
#2 Maybelline Fit Me! Loose Finishing Powder
Harga: RM35.00
Selepas foundation, loose powder dari rangkaian Fit Me! pula menjadi kegilaan ramai. Menariknya ia dikeluarkan dengan 6 warna dari cerah hingga rona gelap. Formula mineral dalam produk ini membantu mengawal kilauan dan memberi ilusi kulit tampak baldu. Tak silap penulis loose powder dari Fit Me! masih belum ada lagi dijual secara fizikal. Setakat ini anda boleh mendapatkan melalui belian atas talian.
#3 SimplySiti Elegant Loose Powder
Harga: RM39.90
Another jenama mekap tempatan dari penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza! Loose powder SimplySiti mengelakkan mekap jadi berkerak dan menjaga kulit dari sinaran matahari dengan SPF30. Bekas loose powder ini sangat elegan dan nampak mewah tak padan dengan harga yang tersangatlah berpatutan.
#4 Silkygirl Shine-free Loose Powder
Harga: RM29.90
Antara loose powder favorite penulis! Kalau anda jenis mekap setiap hari, wajib cuba loose powder dari Silkygirl ini sebab ia sangat banyak boleh guna hampir setahun. Bila nak baking tebal-tebal pun rasa tak membazir. Bedak ini beri kesan kulit tampak halus dan paling penting ia diformulasikan khas untuk kulit wanita Asia.
#5 Innisfree No Sebum Mineral Powder
Harga: RM29.71
Dikatakan sebagai bedak mengawal sebum sehingga menghasilkan kulit lembut seperti kulit bayi. Ia dihasilkan khas dari mineral kepulauan Jeju untuk mengimbangi semula kawalan minyak dan kelembapan kulit. Bukan sahaja membantu mekap tampak sempurna, tona kulit terlihat lebih sekata dan cerah sepanjang hari.
#6 Chriszen Pearl Loose Powder
Harga: RM27.90
Selain mengawal minyak, ia juga mampu memberi kesan berseri-seri pada si pemakai kesan dari formula mutiara. Dalam pada masa yang sama, loose powder Chriszen juga mencerahkan kulit dan mengecilkan pori-pori anda. Walaupun mekap anda tampak matte sepanjang masa, namun ia tetap mengekalkan kelembapan dan kawalan minyak semulajadi kulit.
Kan dah beritahu, banyak jer loose powder yang berpatutan!
*** harga setiap produk diatas bergantung pada harga pasaran atau jualan.