Kesihatan

8 Perkara Jadi pada Tubuh Lepas Usia 40 Tahun

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
8 Perkara Jadi pada Tubuh Lepas Usia 40 Tahun

Sebagai seorang manusia, kita tidak akan selamanya berada di takuk yang sama terutamanya apabila dilihat dari sudut fizikal serta kesejahteraan tubuh.

Semakin usia bertambah, seseorang akan terpengaruh dengan perubahan yang bukan sahaja dari segi fizikal semata bahkan emosi dan kesihatannya juga.

Ramai berakata, lelaki umumnya akan semakin ‘digilai’ bila usia mereka mencapai 40 dan ke atas  namun tahukan kamu terdapat banyak perubahan yang bakal berlaku pada diri baik wanita mahupun laki-laki yang mungkin menjejaskan keseronokan hidup.

Wanista jelaskan satu-persatu…

#1 Deria Rasa Berubah 

Deria rasa akan semakin lemah bila usia makin meningkat membuatkan orang tua sering berhadapan dengan rasa makanan yang hambar sehingga mengganggu selera makan. Deria rasa wanita umumnya lebih lekas hilang berbanding lelaki.

#2 Sistem Imun Semakin Kuat 

Setelah hidup 40 tahun, tubuh kamu sudah sering diserang atau dijangkiti penyakit. Hasilnya, daya ketahanan badan (sistem imunisasi) semakin kuat. Namun begitu, apabila daya ketahanan semakin kuat, tubuh akan mudah jatuh sakit dan suka sembuh jika tidak mendapatkan rawatan sewajarnya. Juteru, mengamal gaya hidup sihat serta tidur yang cukup sangat penting bagi individu 40 tahun ke atas.

#3 Penglihatan & Pendengaran Makin Terjejas

Penglihatan akan semakin kabur dan pendengaran semakin berkurang.ini berlaku kerana keadaan bebola mata yang semakin kering seiring usia manakala masalah telinga pula terjadi kerana terdapat hubung kait dengan perubahan struktur membran timpanik dalam bahagian telinga.

#4 Metabolisme Berkurang

Sangat susah kurus lepas usia 40 tahun! Berat badan mudah bertambah dan menjangkau hingga 6kg dalam satu-satu masa di antara usia 40 hingga 55 tahun. kamu pastinya sudah perlu berhenti mengambil makanan segera dan segala makanan bergoreng kalau tak mahu berat badan bertambah secara mendadak.

#5 Kecederaan Sukar Sembuh

Adalah mustahak untuk individu berusia 40 tahun ke atas seboleh-bolehnya mengelak daripada terkena sebarang kecederaan atau kecelakaan. Ini kerana, hormon penyembuhan dalam tubuh sudah tidak aktif dan ini dikhuatiri akan mejadikan proses penyembuhan sangat lambat.

#6 Mudah Rasa Sengal

Tidak dinafikan, semakin tua terutamanya apabila usia sudah masuk fasa 40 tahun dan ke atas, sendi dan otot terlalu mudah berasa perit. Antara serangan otot yang mudah menyerang individu 40 tahun ke atas adalah kekejangan serta gangguan sendi yang lain.

#7 Sukar Hadam Sumber Makanan Tenusu

Jangan tak percaya, mereka yang berusia 40 tahun ke atas akan mengalami kesukaran untuk menghadam sebarang makanan dan minuman yang berasaskan produk tenusu. Ini berkait rapat dengan keadaan usus dipanggil lactose intolerance.

#8 Badan Mula Mengecut

Sekarang baru faham kenapa orang yanng berumur semakin mengecil. Memang benar, individu yang sudah mencecah usia 40 tahun ke atas akan semakin mengecut di mana sebuah kajian mendapati, lelaki akan kehilangan satu inci dari saiz tubuh asalnya manakala dua inci bagi wanita.

Sudah bersediakan kamu semua untuk menghadapai momen ini di dalam hidup? Ingat… kita hidup ini tidak lama, jadi sebaiknya jaga kesihatan tubuh dan manfaatkan masa muda dengan jalan yang paling bermanfaat.

Selamat beramal!  ❤

RUJUKAN 1, 2