PUTUS CINTA… Dengar sahaja dah gerun apa lagi mengalaminya.
Semua orang pernah mengalami episod duka tersebut cumanya antara lambat atau cepat proses individu kendali atau menangani putus cinta yang dialaminya.
Ada yang memilih untuk makan bagi membangkitkan mood positif, mencari pengganti yang dipanggil rebound kerana anda tidak boleh keseorangan… ini perkara bodoh atau sekadar meratapi dengan menonton filem kegemaran. Tapi kalau boleh elak menonton filem sebegini.. kenapa? Kerana ia hanya membuatkan anda makin terseksa dan merana.
Me Before You
Ada lagi ke yang belum tonton filem ini? Permainan emosi ibarat rollercoaster, penulis penat menangis setiap kali menonton filem ini. Sangat Penat Okay!
The Fault In Our Stars
Antara filem yang cukup menyayat hati, sedih, penuh tragis sepanjang zaman… Kalau nak tahu, tontonlah.
A Walk To Remember
Ya, tonton trailer memang nampak membosankan tapi this is one of the best movie. Plot, garapan watak dan ending cukup menyayat hati dan suspen.
Remember Me
Kisah cinta antara dua orang anak muda lakonan Robert Pattinson dan Emilie de Ravin. Penuh romantik dan plot cerita twist sehingga memerlukan sekotak tisu kerana anda akan menangis… dan menangis….
Before We Go
Pengakhiran jalan cerita bukan seperti yang kita inginkan… Tapi itulah dia realiti hidup. Buat kali pertama penulis admire dengan lakonan Chris Evans aka Captain America.
Walaupun semua filem-filem ini menakjubkan tetapi lebih baik dielakkan buat masa ini kerana permainan emosinya. Kalau boleh cuba tonton siri komedi seperti Friends, The Big Bang Theory, Modern Family – sesekali perlu lari dari sebarang gangguan yang hanya membuatkan anda meratapi.
Have Fun Lovelies!