Seronoknya bukan kepalang bila dapat terima surat tawaran dari syarikat yang anda berhempas-pulas ditemuduga.
Dalam hati bukan sahaja bersyukur dapat tempat bekerja, malah dari situ juga bermulalah kehidupan baru dan tanggungjawab yang dipegang. Sebelum anda terlalu excited untuk bersetuju, selidik dahulu keterangan yang ada didalam surat tawaran. Perkara paling penting ada sedia untuk bertanya jika terdapat sebarang kemusykilan tentang syarat pekerjaan dan syarikat.
Wanista tampilkan beberapa soalan yang boleh bertanyakan pada bahagian pentadbiran atau sumber manusia (HR) sebelum sign setuju sebagai pekerja.
#1 Waktu bekerja
Pastikan anda faham tentang waktu bekerja atau operasi syarikat. Ini kadangkala ada bahagian atau pentadbiran sedikit berbeza dari bahagian lain. Kadangkala ada syarikat yang membenarkan pekerja kerja dari rumah atau bergilir-gilir bertugas pada hujung minggu. Soalan seperti ini bagi memastikan waktu bekerja fit dengan masa peribadi anda. Jadi bolehlah anda siapkan jadual harian dengan baik.
#2 Faedah Gaji
Ini ramai yang terlepas pandang terutamanya tentang gaji pokok. Jangan malu hendak bertanya soal gaji, kalau tidak anda yang rugi. Pastikan anda tahu samada gaji yang diberi sudah termasuk KWSP, SOCSO atau pelbagai lagi imbuhan.
#3 Kelebihan Pekerja
Tak salah pun anda hendak tahu tentang kelebihan yang pekerja terima dari syarikat. Sebagai contoh, cuti tahunan, kenaikan gaji, peluang naik pangkat, bonus dan simpanan kesihatan.
#4 Kenali Misi Syarikat
Janganlah jadi seperti pahat dan tukul. Sebagai pekerja anda juga harus tahu misi dan visi syarikat supaya anda tahu kesan tenaga kerja anda pada syarikat. Ini sebagai tanda anda juga bersemangat untuk memulakan kerja dan paling penting anda tahu syarikat baru ini mempunyai peluang dan ekonomi yang baik.
#5 Prestasi Kerja
Jangan jadi pekerja membuta-tuli. Maksud penulis, biarlah setiap hasil kerja anda dianalisis dan tidak dipandang remeh. Ini kerana prestasi kerja sangat penting, jadi pastikan anda bertanyakan tentang cara prestasi diambil kira dan apakah faedah yang diberikan.
Semoga bermanfaat!