Kesihatan

Anda Dapat 3 Kelebihan Jika Guna Berus Gigi Elektrik

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Anda Dapat 3 Kelebihan Jika Guna Berus Gigi Elektrik

Anda guna berus gigi biasa atau elektrik?

Kita biasa melihat iklan komersial tentang keberkesanan berus gigi elektrik tapi masih ada segelintir yang mempersoalkan fungsi, kebaikan serta keselamatannya.

Bahkan penulis juga tertanya-tanya ada kebaikan ke jika menggunakan berus gigi elektrik atau lebih kepada keburukan? Yang pasti berus gigi elektrik memerlukan pelaburan cukup tinggi… Anda sedia maklum harganya di pasaran menjangka ratusan hingga ribuan ringgit.

Gif – Giphy

Tapi jika punya modal berlebihan, apa salahnya dapatkan yang terbaik untuk kesihatan oral kerana siapa sangka anda boleh memperoleh TIGA kebaikan ini.

Pembersihan gigi dengan lebih teliti

Berus gigi elektrik boleh membuang plak dengan lebih baik dan lebih cepat. Selain itu, dengan reka bentuk khas, ia juga mampu untuk membersihkan kawasan yang sukar dicapai seperti belakang gigi geraham dan garisan gusi, dengan itu, rongga gigi dan gingivitis boleh dielakkan.

Melawan gingivitis dan penyakit gusi dengan berkesan

Dengan berus gigi moden ini, anda hanya hanya memegang berus dan biarkan peralatan ini menjalankan tugasnya. Oleh itu, anda tidak perlu memberus gigi dengan keras dan dapat mengelakkan kecederaan gusi, yang dapat mencegah gusi menyusut. Selain itu, ia dapat mengelakkan masalah enamel pada permukaan gigi anda, yang boleh menyebabkan sensitiviti kepada rasa sejuk, panas, dan rangsangan lain.

Penyampaian fluorida lebih baik

Walaupun perlu kajian lanjut, penggunaan berus gigi elektrik boleh memastikan fluorida disampaikan dalam mulut dengan lebih baik.

Jadi, tepuk dada tanya selera ya…..

RUJUKAN