Pada Isnin minggu lepas, Kensington Palace mengumumkan bahawa Putera Harry dan Meghan Markle bakal bergelar ibu bapa selepas bekas aktres itu dikhabarkan dengan hamil anak pertama.
Perkhabaran menggembirakan itu membuat rakyat serata dunia tumpang gembira malah tidak sabar melihat baby bump Meghan Markle. Bahkan rakyat beranggapan Putera Harry bakal menjadi bapa yang fun bila melihatkan ragam dan kerenahnya bersama kanak-kanak. Ternyata kanak-kanak menyukai jejaka 34 tahun ini dan Harry juga senang melayan kerenah si kecil.
Menguatkan lagi bila anda lihat momen Putera Harry bersama kanak-kanak kecil, cukup mencuit hati…
Bila Harry tarik tali nak bersalaman dan high-fives dengan kanak-kanak sekolah ketika lawatan rasmi di Brighton.
Masih ingat lagi momen manis kanak-kanak perempuan ini yang selamba ‘mencuri’ popcorn Putera Harry?
Baca: Lihat Gambar! Aksi Comel Budak Perempuan Curi Popcorn Putera Harry
Harry relaks sahaja membiarkan kanak-kanak perempuan memandu kereta..
Bergurau senda ketika bersukan sudah sebati dengan Putera Harry.
Adakalanya Harry mampu menjadi pendengar yang baik buat kanak-kanak. Lihat je momen di bawah ini, Harry merenung tepat ke si kecil yang sedang berceloteh.
Luar nampak dewasa tapi dalaman Harry adalah kanak-kanak periang.
Jadi photographer pun boleh…
Harry kelihatan selesa dengan kanak-kanak dari semua peringkat umur.
Bahkan sehingga ke bayi juga Harry boleh bergurau senda…
Bukan je periang, Harry juga seorang yang penyayang…
Tahniah Harry & Meghan! Lots of Love…