Hiburan

Ada Ciri-Ciri Isteri Idaman Justin Bieber, Kenali Siapa Si Langsing Hailey Baldwin

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Ada Ciri-Ciri Isteri Idaman Justin Bieber, Kenali Siapa Si Langsing Hailey Baldwin

Heboh diperkatakan sejak hujung minggu lalu, khabarnya pasangan selebriti Justin Biber dan Hailey Baldwin kini sudah sah sebagai suami isteri dan menurut sumber lagi, merekaa sebenarnya telah berkahwin senyap-senyap. Eh, biar betul?

Apa yang menguatkan lagi kenyataan itu apabila Selena Gomez tiba-tiba ‘sentap’ dan bertindak untuk mendapatkan rawatan psikitari kerana kemurungan. Apakah Selena masih menyimpan perasaan terhadap cinta pandang pertamanya itu?

Justin Bieber bergambar dengan Hailey dan aktor Stephan Baldwin yang merupakan bapa Hailey sekitar 2009. Sumber: Pinterest

Walau apa pun, hati Justin Bieber kini hanya milik Hailey Baldwin seorang dan mungkin tiada sesiapa yang mampu merubah fakta dan takdir itu. Ayuh kenali siapakah gadis yang berusia 21 tahun ini!

#1 Seorang Ballerina

Klasik! Sebelum menjadi peragawati sepenuh masa, Hailey asalnya seorang penari ballerina. Selain memanfaatkan tarian itu sebagai salah satu obsesi, dia juga menggunakan langkah-langkah tarian itu sebagai satu rutin senaman tau…

Sumber: Pinterest

#2 Main Sukan Tinju

Bukan gadis baisa-biasa. Meskipun dia ligat menunjukan gerak gemalai di pentas tari, Hailey sebenarnya amat mementingkan penjagaan tubuh. Selain melakukan rutin senaman biasa, sukan tinju adalah salah satu hobi kegemarannya bila ada masa lapang. Cool kan perempuan macam ni?!

#3 Anak Kepada Bintang A-List

Pernah tonton filem “The Flinstones in Viva Rock Vegas”? Salah seorang aktor yang memegang watak utama dalam filem itu adalah ayah kepada Hailey iaitu Stephan Baldwin! 

Sumber: Pinterest

Bila sekali pandang melihat foto kahwin ibu dan bapa Hailey ni, wajah Stephan Baldwin semasa muda saling tak tumpah macam Justin Bieber betul tak? 

Foto kiri: Hailey bersama kakak dan ibunya manakala disebelahnya adalah foto perkahwinan ibu bapa Hailey, Stephan Baldwin dan Kennya Deodato. Sumber: Youtube

#4 Tak Suka ‘Berkepit’

Menerusi perkongsian akaun peminat di Instagram, ramai yang sangka Hailey dan Justin ini asyik berkepit 24/7, hakikatnya Hailey lebih gemar mengambil masa untuk bersendirian dan melakukan hal-hal peribadi tanpa campur tangan daripada tunangannya itu.

“Saya lebih rela meluangkan masa untuk diri, tonton televisyen, merehatkan diri”. Seorang gadis yang berdikari rupanya kan?

#5 Peminat Tegar Teater Muzik

Selain berbakat dalam bidang peragaan dan tarian, Hailey juga boleh berlakon tau! Pernah juga muncul untuk satu watak dalam video muzik “On My Mind” oleh Cody Simpson. 

Sumber: Pinterest

Untuk itu, Hailey memang gemar menghabiskan sisa masanya menghadiri persembahan-persembahan teater (terutamanya teater muzik broadway) untuk melegakan ghairahnya terhadap kesenian itu. 

#6 Bukan Jenis Yang Mencari Populariti

Sebagai seorang anak kepada pasangan selebriti Hollywood, Hailey langsung tidak pernah mencari publisiti mahupun populariti. Sebab itu, ramai yang tidak mengenalinya sebelum ini. #LowProfileAlert! Menurut Hailey, keluarga lebih penting daripada mengejar populariti. Jelasnya, “Saya sangat bertuah masih memiliki keluarga dan saya juga beruntung kerana kedua ibu bapa saya masih bersama. Itu adalah perkara yang paling membahagiakan saya”.

#7 Selalu Mekap Sendiri Je!

Nampaknya kulit yang flawless milik Hauiley itu bukan kerana mendapat sentuhan MUA terkemuka tetapi hasil daripada solekan dirinya sendiri!

Sumber: Getty Images

Menurut mengakuannya, “Saya gemar melakukan solekan sendiri hampir setiap hari sepanjang hidup saya”.

Dari karakter dan sifat-sifat keperibadian Hailey Baldwin ini, kita dapat tahu bahawa beliau adalah seorang insan yang ringkas dan biasa-biasa. Mungkin Justin Bieber memang mengimpikan wanita sebegitu untuk menemani kehidupannya sebagai isteri sekaligus menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Sumber: Clevver

Umumnya, jika hendak bandingkan rupa Selena dan Hailey, Selena ternyata lebih manis dan comel (jauh lebih cantik) namun, rupa bukanlah segalanya dan apa yang penting adalah keserasian dalam perhubungan. Setuju? ❤

RUJUKAN