Fesyen

3 Jenis Beg Tangan Travel Paling Sesuai Untuk Si Gadis, Hanya Dari Samsonite

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ā¤ļø
3 Jenis Beg Tangan Travel Paling Sesuai Untuk Si Gadis, Hanya Dari Samsonite

Siapa yang tak kenal dengan jenama beg dan bagasi terkemuka Samsonite!

Samsonite baru-baru ini memperkenalkan koleksi beg tangan untuk wanita yang bukan sahaja bergaya bahkan rekaanny ajuga versatile terutamanya untuk dibawa ketika melancong dan bercanda secara kasual.

Untuk pengetahuan semua, koleksi musim ini memanfaatkan seleksi warna yang lebih eksklusif termasuklah merah hati, kelabu, hijau lumut dan hitam. Biarpun rona yang diketengahkan semuanya agak gelap, ia sebenarnya akan menampakkan sesebuah rekaan itu menjadi lebih ‘mahal’.

Setiap satunya nampak elegen untuk dijadikan aksesori fesyen yang bisa menemanimu sepanjang menikmati percutian mahupun untuk ke acara kasual harian, tekstur material beg juga sangat unik sekaligus mampu menyerlahkan lagi keperibadian dirimu yang gemarkan kelainan.

Beg Sandang Karissa oleh Samsonite 2018

Foto -Arkib Wanista

Beg “Shopper” Karissa Oleh Samsonite 2018

Foto -Arkib Wanista

Beg Silang Karissa Oleh Samsonite 2018

Foto -Arkib Wanista

Jangan risau, beg yang menggunakan inovasi Samsonite rata-ratanya ringan, tahan lasak dan pasti membuatkan gerak-geri kamu menjadi lebih tangas dan bergaya dalam masa yang sama! Jadi, jenis beg bagaimana yang kamu akan pilih untuk dibawa bersama ketika berlibur?Ā ā¤

BACA  Jom Lihat Fesyen Selebriti Di Aidilfitri, Mana Paling Cantik?