Teknologi

5 Sebab Si Fesyenista Marion Caunter Pilih Guna Peranti Huawei Mate 20

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
5 Sebab Si Fesyenista Marion Caunter Pilih Guna Peranti Huawei Mate 20

Masih lagi hangat diperkatakan ialah peranti terhebat buat masa kini siri Huawei Mate 20. Apa yang menarik dan kenapa ramai penggemar teknologi berpendapat peranti ini antara yang terbaik?

Berpeluang ke London bagi menyaksikan sendiri pelancaran siri Huawei Mate 20, penulis sempat beramah mesra dengan fesyenista Marion Caunter yang turut sama teruja dengan kehadiran Huawei Mate 20. Marion yang merupakan antara individu terawal menggunakan peranti hebat ini juga tidak sabar mahu explore setiap spec dan aplikasi baru yang ditawarkan.

Marion Caunter selaku influencer Huawei Malaysia. Foto – Arkib Wanista

Sebelum ini menggunakan peranti dari jenama lain, ternyata Marion senang bertukar kepada Huawei Mate 20 kerana magik yang diberikan…

#1 Kamera

Kata Marion, media sosial merupakan tempat untuk dirinya mengekspresikan setiap momen berharga. Sama ada menghadiri pertunjukan fesyen utama, bersantai bersama teman atau meraikan hari bahagia bersama keluarga tercinta, Marion senang barkongsi dengan follower. Jadi, kamera merupakan benda yang dititik berat apabila mencari peranti terbaik untuknya.

Pemandangan sekitar Kota London, Oktober 2018. Foto – Arkib Wanista

Oleh itu, Huawei membuat tambahan 16mm Leica Ultra Wide Angle Lens untuk siri Mate 20. Perspektif ini mewujudkan kesan luas dan tiga dimensi pada imej. Sistem kamera baru juga menyokong jarak makro, yang menghasilkan imej yang tajam yang diletakkan hampir 2.5cm dari lensa. Lensa sudut ultra lebar dan sokongan makro bersedia untuk menangkap sebarang aksi walaupun dari sudut jauh dan dekat.

Pandangan dari London Eye, Oktober 2018. Foto – Arkib Wanista
Bandar Seoul diambil dari Four Points by Sheraton Seoul, Oktober 2018. Foto – Arkib Wanista
Night mode Huawei Mate 20 Pro. Foto – Arkib Wanista

#2 Bateri

Kalau sudah 24 jam berkepit dengan telefon, pasti sahaja akan kehabisan bateri. Hal itu menyukarkan anda untuk meneruskan perjalanan mahupun percutian dengan tenang seperti yang dirancang. Oleh itu, dengan keadaan dunia dan teknologi yang semakin moden, Huawei mencipta bateri telefon kekal lama tanpa perlu bergantung harap pada power bank semata-mata.

Foto – Arkib Wanista

Untuk siri ini, Mate 20 Pro menyokong pengecasan berwayar 40W yang cepat (boleh mengecas sehingga 70% dalam 30 minit) manakala Mate 20 menyokong pengisian berkuasa 22W dan kedua-dua model menyokong 15W mengecas secara wireless. Lagi satu ciri menarik siri ini ialah “Reversible Wireless Charging” di mana ia mampu mengecas peranti lain dan bertindak sebagai sebuah power bank tanpa wayar.

Foto – Arkib Wanista

#3 Kalori Makanan

Memang sedap kalau dapat makan ayam goreng, kari kepala ikan dan minuman Chatime untuk makan tengahari dan pada sebelah malam pula melantak char kueh teow dengan air teh ais, nikmat rasanya. Tetapi adakah anda tahu setiap kalori makanan untuk setiap pengambilan makanan tersebut. Dengan minyak, lemak, gula – cuba kira?

Cara pengambilan kalori makanan. Foto – Arabian Gazette

Huawei memperkenalkan ciri-ciri AI yang membolehkan siri Huawei Mate 20 untuk melaksanakan atau meningkatkan pelbagai tugasan dari pengenalan objek kepada penghitungan kalori makanan. Untuk mencapainya Huawei telah bekerjasama dengan pakar kesihatan dan kecergasan mudah alih untuk membekalkan maklumat. Sebagai contoh, apabila Al mengenal pasti makanan, ia akan menunjukkan kalori atau maklumat makanan tersebut.

#4 Rekaan Futuristik

Lumrah untuk setiap wanita menyukai benda yang cantik. Marion tidak terkecuali memilih peranti yang miliki rekaan sofistikated sesuai dengan imejnya.

Marion Caunter memilih Huawei Mate 20 Pro rona hijau emerald yang menyerlahkan imej sofistikated. Foto – Arkib Wanista

Kesemua siri Huawei Mate 20 membawa paparan FullView, dari Huawei Mate 20 Pro berukuran 6.39 inci ke 7.2 inci untuk Huawei Mate 20 X menjadikan ia selesa digunakan dalam satu tangan sahaja. Untuk kamera belakang pula, Huawei mempunyai reka bentuk empat titik dengan tiga kamera dan sensor dikelilingi dalam bingkai logam yang digilap, menghasilkan rupa avant garde yang berani dan berbeza.

Huawei tampil dengan reka bentuk empat titik. Foto – Arkib Wanista

Corak Optik Hyper pada bahagian belakang kaca menggunakan pola corak yang rumit untuk menghasilkan kesan iridescent yang bukan sahaja sangat tahan lama, tetapi juga membuat peranti mudah untuk cengkaman, tahan cap jari serta bearish walaupun diguna lama. Siri peranti ini didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu Hijau Emerald, Twilight, Midnight Blue, Hitam dan Pink Gold.

Huawei bawakan paparan FullView. Foto – Arkib Wanista

#5 Harga

Bateri sudah, kamera juga sudah… apa lagi yang diteliti bila membeli sebuah telefon? Ya… Harga!

Jika jenama A membuatkan anda mahu menjual buah pinggang tapi Huawei masih mampu menenangkan dada kerana harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Huawei Mate 20 hanya menawarkan harga runcit RM2,799 manakala Huawei Mate 20 Pro pula RM3,599, sangat berpatutan untuk dimiliki dan sesuai dengan kualiti.

Mewujudkan reka bentuk sofistikated, prestasi yang hebat, keupayaan menawan yang luar biasa dan kecerdasan generasi akan datang, siri Huawei Mate 20 adalah rakan pilihan untuk profesional yang mengejar kualiti hidup.

Serius penulis cukup kagum dengan kamera Huawei Mate 20 lebih-lebih lagi untuk night, potrait dan wide angle mode, the best!

Untuk info lanjut mengenai produk terkini Huawei, sila ke [consumer.huawei.com].

Komen Anda