Resipi

[Resepi] Mission Ajar Buat Menu Mengenyangkan Guna Lebihan Makanan Je!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[Resepi] Mission Ajar Buat Menu Mengenyangkan Guna Lebihan Makanan Je!

Bukan susah hendak masak tetapi ramai di antara kita yang terlalu malas mencari idea hidangan mudah untuk disediakan buat diri atau yang tersayang.

Jika terlalu sibuk sekalipun, sebenarnya banyak hidangan yang boleh disediakan dalam masa singkat dengan menggunakan ramuan yang terhad. Bersempena dengan “Hari Makanan Sedunia” 16 Oktober lalu, Mission Foods Malaysia tampil dengan kempen #ZeroWaste untuk menyedarkan masyarakat agar tidak mudah-mudah membuang makanan biarpun ia cuma lebihan makanan yang tersisa.

Foto -Wanista

Meskipun lebihan makanan, ia masih boleh dimanfaatkan sebagai menu baharu yang papstinya enak dan ternyata mengenyangkan. Ini bagi mengelakkan pembaziran makanan yang masih boleh dinikmati.

Foto -Wanista

Nah, bersama-sama dengan chef selebriti Sarah Benjamin, salah satu resipi yang boleh dibuat menggunakan lebihan sate dan kuah kacang adalah Roti Pita berinti ini. Resepi adalah seperti berikut:-

Roti Pita Berinti Sate & Humus Kuah Kacang 

Bahan

  • Dua keping roti pita Mission
  • 6 – 8 batang lebihan sate (tangalkan daging dari kayu sate)
  • 1/3 cawan kuah lebihan kacang sate 
  • 1 tin kacang kuda (buang airnya)
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 1/4 cawan minyak zaitun
  • 1/4 cawan daun ketumbar (dihiris kasar)
  • 1/4 daun parsli (diracik kasar)
  • 1 batang timun (dipotong panjang-panjang)
  • 1 biji bawang merah (dikupas dan dihiris)
  • Garam untuk perasa
Foto -Wanista

Cara

1. Untuk memerap bawang… Gabungkan bawang, 1 sudu jus lemon dan secubit garam dalam mangkuk bersih.

2. Dengan menggunakan pengisar, kisar kacang kuda, lebihan kuah kacang, bawang putih, 1 sudu jus lemon, 4 sudu minyak zaitun dan secubit garam. Kisar hingga mendapat konsistensi pes. Letak tepi.

3. Gaulkan timun, daun ketumbar dan parsli bersama. Tuangkan 2 sudu minyak zaitun dengan jus lemon. Sebatikan agar ramuan mesra.

Foto -Wanista

4. Panaskan roti pita atas kuali kering dengan api perlahan. Panaskan hingga permukaan roti di kedua-dua belah terlihat garing sedikit.

5. Kemudia, potong roti pita untuk dapatkan dua bahagian dari setiap keping roti buka poket roti dan masukkan daging sate serta inti campuran timun dan bawang peram tadi.

6. Sebelum makan, boleh curahkan humus kacangkuda yang dibuat menggunakan lebihan kuang kacang sate tadi di atas inti untuk menyempurnakan menu roti pita ni. Siap!

Foto -Wanista

Senang je kan caranya nak membuatnya? Jadi lepas ni, kalau ada beli sate tapi tak habis makan, boleh simpan untuk buat menuu roti pita berinti ni okay… Selamat mencuba! ❤

BACA  Resepi Tauhu Goreng Curah Untuk Mak-Mak Cuba!