Mendapat 92 peratus sukaan dari para pengguna Google, ternyata filem seram terbaharu Korea yang berjudul Gonjiam: Haunted Asylum ini memang berjaya menakutkan ramai penonton!
Asalnya mengisahkan beberapa orang krew yang membangunkan laman sesawang berkonsep seram ini mengembara ke sebuah bangunan lama terletak merupakan bekas hospital sakit jiwa di kawasan pendalaman untuk merakam klip-klip seram sebenar secara langsung. Walau bagaimanapun, ketakutan yang dahsyat menghantui mereka apabila semuanya bertukar tragedi.
Tonton Trailer Gonjiam: Haunted Asylum
https://www.youtube.com/watch?v=_DI2VdavWKg
Apa yang ramai tidak tahu, filem ini sebenarnya adalah berdasarkan lokasi dan kisah yang nyata. Ya, hospital sakit jiwa Gonjiam memang wujud! Lebih mengujakan, hospital ini disenarai sebagai antara tujuh lokasi terseram di planet menurut CNN pada 2013.
Bagi kamu yang masih ternyata-tanya apa yang seram sangat pasal hospital Gonjiam ni, Wanista senarikan sebabnya.
Ditutup Pada 1996
Terletak di Gwangju, Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan, hospital sakit jiwa ini terpaksa ditutup sekitar tahun 1996 khabarnya kerana keadaan doktor membahayakan serta berlakunya pembunuhan ramai pesakit yang ditempatkan di situ.
Kenapa Hospital Ini Antara 7 Paling Seram?
Menurut penduduk setempat, hospital ini dahulunya telah ditutup tanpa notis dalam keadaan tiba-tiba. Ini adalah kerana terdapat banyak kejadian paranormal berlaku sehingga banyak roh terperangkap dalam bangunan hospital tersebut.
Menurut penduduk setempat lagi, sebelum penutupan hospital Gonjiam, satu-persatu pesakit dan staf telah mati tanpa sebab dalam bilik dan sekitar kawasan pejabat menjadikan bangunan itu lebih seram sehingga kini!
Bunyi Cakaran
Mana-mana tempat yang melibatkan pesakit atau kematian pasti menjadi hotspot kepada habitat makhluk halus. Keadaan itu sama seperti hospital Gonjiam di mana, rata-rata pengunjung yang pernah curi-curi masuk ke bangunan lama itu mengakui yang mereka mendengar bunyi seperti ada orang yang ligat mencakar dinding.
Disebabkan banyak barangan yang ditinggalkan seperti dokumen peribadi, perabot serta perkakas rawatan, ia menguatkan lagi andaian mengapa tempat itu sememangnya dihuni “sesuatu”.
Yang Sebenarnya…
Hospital Sakit Jiwa Gonjiam terpaksa ditutup kerana masalah ekonomi, kebersihan yang tidak terjaga dan dirasakan mampu mengancam penghuni serta masalah yang berlaku terhadap sistem kumbahan bangunan.
Meski ramai yang percaya dengan hebahan pendudiuk setempat yang ramai mempercayai bahawa hospital itu diselubungi misteri, menurut laporan The Star, pemilik bangunna itu pernah memfailkan saman untuk menghalang tayang filem “Gonjiam: Haunted Asylum”. Ini kerana, perkara itu akan menyusahkan si pemilik sekaligus mengganggu proses penjualan bangunan tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak mahkamah Seoul tidak menerima saman itu dan membenarkan filem itu untuk terus ditayang.
Apa-apa pun, janganlah berani sangat masuk tempat lama sebegini kalau tak mahu mengundang maut ya… Kalau tak ada hantu sekalipun, mungkin akan ada musibah lain yang bakal terjadi. Hati-hati dan buat keputusan sebaiknya sebelum mengembara. Selamat beramal! ❤