Sebagai peneraju produk skraf premium yang terkemuka di Malaysia, dUCk baru-baru ini rupanya telah menguntai kerjasama bersama Barbie untuk menghasilkan skarf anak patung edisi terhad yang bukan sahaja bergaya bahkan unik diambil inspirasinya dari skraf rangkaian dUCk scraves sebenar!
Kembali dengan kempen “You Can Be Anything”, Barbie kali ini mahu memperkasa keyakinan dalam diri kanak-kanak sekaligus menggalakkan mereka untuk menceburi pelbagai bidang menurut impian mereka.
Barbie membuka peluang kanak-kanak untuk bermain sambil berfikir secara kritis agar mereka sebenarnya boleh menghidupkan impian mereka dengan cara bermain.
Sebagai seorang ikon usahawan wanita yang disegani dan pernah merangkul pelbagai penghargaan termasuklah tersenarai sebagai Forbes under 30 di peringkat global tahun lalu, Menurut Barbie, Vivy Yusof iaitu pengasas Fashion Valet dan dUCk adalah wanita ulung yang mampu menyebarkan semangat serta harapan buat kanak-kanak sejagat yang memiliki matlamat serta impian besar.
Beli Barangan Barbie Bernilai RM100 Untuk Dapatkan Skraf Barbie x dUCk Secara Percuma!
Buat pertama kalinya di Malaysia, Barbie menguntai kerjasama dengan jenama tempatan dUCk untuk menghasilkan dua item fesyen berbentuk dUCK skarf mini untuk digayakan patung Barbie menggunakan imaginasi dan kreativiti tersendiri.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan skarf Barbie x dUCk dari dua pilihan corak secara percuma apabila membeli mana-mana barangan jenama Barbie pada nilai RM100.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/OfficialBarbieSEA] hari ini! Sementara stok masih ada. ❤