Tips - Kecantikan

Cleansing Balm VS Cleansing Oil: Mana Lagi Berkesan Tanggal Mekap Tebal?

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Cleansing Balm VS Cleansing Oil: Mana Lagi Berkesan Tanggal Mekap Tebal?

Menurut penulis, jika hendak dibandingkan dengan pencuci mekap jenis cecair seperti micellar water, ada faedahnya kamu gunakan cleansing oil kerana menurut pengalaman penulis, mekap tebal lebih senang andai ditanggalkan menggunakan penghapus solekan jenis minyak.

Ini kerana minyak lebih kesan menarik segala sisa mekap yang menyerap jauh ke dalam pori kulit sekaligus menghalang pori jadi sesak dan tersumbat gara-gara tabiat kamu yanng bermekap tebal setiap hari.

Cleansing balm selalunya hadir dalam bungkusan bentuk balang sebegini, Sumber: Pinterest

Namun, sejak akhir-akhir ini ramai blogger dan para guru kecantikan berkongsi pendapat sesungguhnya produk yang dipanggil Cleansing Balm itu adalah ratu kepada segala penghapus mekap kerana ianya benar-benar mampu membersih kotoran dan sisa solekan pada wajah sebersih-bersihnya tanpa meninggalkan kesan.

Apa Itu Cleansing Balm?

Teksturnya umpama krim kental, ianya bertindak lebih pantas dari cecair pembersih mekap seperti micellar water mahupun cleansing oil untuk menanggalkan mekap, baik solekan jenis ringan mahupun solekan berat sekalipun… termasuklah mekap mata seperti maskara dan eyeliner yang sukar dihilangkan.

Lihat kesan menggunakan Cleansing Balm. Sumber: skinandtonics.com

Bukan itu sahaja, Cleansing Balm juga mempunyai dua fungsi utama lain selain mencuci sisa solekan iaitu untuk bertindak sebagai pelembap dan membersihkan muka dari sisa kotoran halus seperti habuk, debu dan minyak muka. 

Faedah Guna Cleansing Balm

Untuk pengetahuan semua, wajah adalah kawasan kulit paling nipis dan sensitif, justeru penjagaan yang lembut dan rapi harus dipraktikan seperti, tidak boleh menggosok muka secara keterlaluan dengan menggunakan tekanan yang kuat dikhuatiri akan menyebabkan kedutan dan sebagainya.

Dengan menggunakan Cleansing Balm, sapuan dan tekanna gosokan tangan lebih ringan dan tidak sekasar kamu menggunakan kepingan kapas yang sudah dibasahkan dengan cleansing oil mahupun micellar water!

Cara Guna Cleansing Balm

Diambil dalam jumlah separuh camca kecil sebelum disebatinya ke tapak tangan. Kemudia sapu dan gosok perlahan pada wajah secara menyeluruh dan fokuskan pada bahagian di mana banyak mekap tertumpu seperti di kelopak mata, pipi, dahi dan di hidung sehinggalah ke kawasan dagu. Teruskan menggosok lembut balm tersebut pada kulit untuk beberapa ketika sebelum membilasnya dengan air.

Tonton Cara Menggunakan Cleansing Balm

Tiga Jenama Cleansing Balm Paling Digilai Ramai!

#1 Clinique Take the Day Off Cleansing Balm

BACA  Boleh Ke Guna Produk "Campur-Campur" Pada Wajah? Ni Syaratnya...
Sumber: adorebeauty.com.au

#2 Pixi by Petra Nourishing Cleansing Balm

Sumber: makeupholicworld.com

#3 Palmer’s Coconut Oil Formula Cleansing Balm

Sumber: lalalisette.com

Jangan risau, cleansing balm memang sesuai untuk semua jenis kulit tau? Selamat mencuba! ❤

RUJUKAN