Fesyen

Tiara Perkahwinan Yang Dipakai Princess Eugenie Sudah Berusia 99 Tahun!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Tiara Perkahwinan Yang Dipakai Princess Eugenie Sudah Berusia 99 Tahun!

Klasik dan rekaan mewahnya umpama fantasi, itulah gambaran yang dapat diberikan terhadap aksesori perhiasan kepala yanng dipakai Princess Eugenie sewaktu resepsi perkahwinannya tempoh hari.

IKLAN

Rekaannya mirip tiara yang dipakai Meghan Markle, cuma batu permatanya lebih gah dan sarat membuatkan tiara itu dikagumi ramai.

Sumber: Getty Images

Sebagai kaum kerabat diraja yanng paling digeruni di dunia, puteri Britain itu memilih untuk menggayakan tiara yang dihiasi batu permata nilam dan ia dipanggil Greville Emerald Kokoshnik Tiara, yang kemudian dipadankan dengan gaun putih berpotongan leher-V rekaan Peter Pilotto.

Sumber: Pinterest

Gaya solekan yang didandankan ke atas Princess Eugenie juga tersangatlah natural sekaligus menaikan seri wajah semula jadinya, di samping olesan gincu rona merah jambu samar.

Sumber: Getty Images

Untuk pengetahuan semua, tiara berusia 99 tahun yang dipakai Princess Eugenie itu adalah aksesori kepala yang dipinjam daripada koleksi barang kemas neneknya, Queen Elizabeth -direka khas pada 1919.

Sumber: UPI.com

Ia dihiasi enam butir permata nilam (Emerald) di kedua belah sisi, serta taburan berlian platinum di keseluruhan tiara mengelilingi permata nilam.

Sumber: Getty Images

Princess Eugenie juga dilihat sangat berkelas apabila memadankan tiara tersebut dengan sepasang anting-anting berlian sedondon yang dihadiahkan suaminya.

Sumber: Getty Images

Apa pendapat korang tentang tiara yang dipakai Princess Eugenie ni?

SUMBER

IKLAN